Benar Sangat Warisan Bertanggungjawab Mencetuskan Gelombang Covid-19 Di Malaysia

Jadi ini apa, tampak parti Warisan sejak dari awal menggalakkan penularan Covid 19 dan jelas sangat tidak kisah dengan kesihatan orang lain. Percayalah kamu kalau dalam bab kesihatan, keharmonian dan keselamatan pun seorang pemimpin itu tidak kisah atau meremehkannya, nah itulah bukti jelas yang tidak lagi boleh disangkal, sememangnya dia dan partinya tidak boleh diberikan kepercayaan dan mandat untuk mengurus masyarakat. Seperti mana parti Warisan.

Kerajaan Warisan jugalah yang bertanggungjawab membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah. Bila mana tidak lagi mendapat sokongan dari Ahli Ahli DUN.

Sepatutnya bila sudah tidak mendapat sokongan, serahkan lah jawatan Ketua Menteri itu pada pihak yang ada majoriti, bukannya berkeras dan sanggup mati daripada melepaskannya, macam perangai kebanyakan pengikut Warisan yang tidak matang. Hasilnya bukan hanya kerajaan Warisan tumbang di tangan rakyat Sabah tapi juga kerajaan Warisan lah yang bertanggungjawab mencetuskan gelombang kedua Covid-19 di Malaysia. Apa mereka rasa oren, sudahlah begitu menjadi cemuan lagi,

Di Perak bila kerajaan negeri yang diwakili oleh parti Bersatu atau PPBM tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari para ADUN. Menteri Besar Perak pada waktu itu dengan penuh rasa hormat dan berlapang dada melepaskan jawatan Menteri Besarnya.

Jangan kepimpinan Warisan ingat, politik itu hanya soal bangunan tinggi atau perjanjian 1963 yang kononnya mesti direalisasikan. Tapi yang lebih penting adalah soal keselamatan dan kesihatan. Dari konteks Warisan yang sudah pun terbukti gagal, jangankan membina bangunan setinggi PPNS hanya untuk memacakkan tiang rumah rumah yang terbakar pun gagal. Memalukan saja! he!

Betul betul Parti Warisan hanya untuk golongan picisan yang tidak kisah dengan negeri bangsa melainkan menggangap politik adalah peluang untuk mengambil hak orang yang dirasakan tolol dari mereka. Parti Warisan juga hanya sesuai untuk orang orang yang tidak ada rasa tanggungjawab pada orang lain.

Presiden Warisan ketika ditanya oleh Wartawan apa pendapatnya berhubung proses Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan penularan Covid-19. Dia menjawab dan mencadangkan sekiranya pembawa virus Covid-19 dibenarkan mengundi. Alahai!

Menurut kajian terbaru yang dibuat oleh PLOS Computation Biology didapati dan disahkan. Sabah adalah pencetus gelombang kedua dan ketiga di Malaysia. Klik link dibawah untuk kepastian dan kesahihan dakwaan admin ini.

Kajian itu diterbitkan di jurnal PLOS Computational Biology.

Kajian sahkan PRN Sabah cetus gelombang ketiga penularan Covid-19

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: