Polemik Yang Dicanang Pembangkang dan Kluster Mahkamah Semasa Lockdown

Penyokong Warisan dan segelintir penyokong kluster Mahkamah. Macam cuba bermain secara halus tapi tidak pasti pula kalau mereka menyedarinya atau tidak, sebab puak ni lain sikit. Pagi posting atau kenyataan mereka terbukti kantoi, petangnya mereka cipta lagi cerita yang tidak ada kebenarannya. Begitulah rutin seharian mereka, sikit pun tidak ada rasa malu pada diri dan orang lain. Gara gara dedak tidak seberapa sanggup menyusahkan masyarakat.

Begini pula permainan mereka, bila berhadapan dengan orang kampung. Mereka akan mencanang, semakin susah kehidupan ni kan semenjak kerajaan Perikatan Nasional menguatkuasakan PKP. Iyalah semua sektor perniagaan ditutup, jadi macam manalah kamu mau cari makan kan! Seolah oleh pada waktu itu mereka sangat mengeluh dan kesal pada khayalan mereka sendiri. He!

Tapi bila memposting di Facebook, mereka membuat kenyataan yang sebaliknya. Membuat pertanyaan, beginikah lockdown masih ramai yang bergerak atau berkerja ke hulu ke hilir ni. Kalau begini keadaannya macam manalah konok memutuskan rangkaian Covid-19?

Untuk meyakinkan pembaca mereka sertakan gambar keadaan pada waktu itu. Keadaan orang ramai dan kenderaan yang sedang bergerak demi kelangsungan hidup.

Hakikatnya mereka adalah dari golongan masyarakat yang diberi kelonggaran untuk berkerja di beberapa sektor yang difikirkan munasabah oleh kerajaan.

Dalam masa yang sama bosku Najib mencadangkan kononnya lockdown perlu dijalankan sepenuhnya. Cadangan yang tidak memikirkan kehidupan masyarakat yang terhimpit sejak pendemik Covid-19 menyerang Malaysia.

Kamu ingat lagi tak, propaganda “kerajaan gagal”. Propaganda ini dicetuskan oleh jentera pembangkang yang terkesan akibat PKP dan semenjak mereka menjadi pembangkang, hingga ada diantara mereka sanggup turun ke jalanan untuk menunjuk perasaan. Nasib baiklah masyarakat ramai cepat menyedari bahwa itu adalah tindakan dari orang orang yang tidak reti diuntung yang cuba mengambil kesempatan dan cuba berlagak hero. Namun akhirnya mereka hanya menjadi cemuan masyarakat.

Pokoknya Propaganda “kerajaan gagal” di timbulkan semasa kerajaan berusaha melawan pendemik Covid-19. Waktu dimana kerajaan terpaksa membuat pilihan sama ada nyawa ataupun ekonomi yang perlu dijaga.

Cadangan memberikan kadar bantuan tunai yang terlalu tinggi semasa PKP adalah juga propaganda murahan mereka.

Kenyataan supaya masyarakat menolak suntikan vaksin juga adalah propaganda mereka.

Itu semua untuk satu matlamat supaya kerajaan Perikatan Nasional kelihatan gagal mengurus negara. Walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya, sejak Perikatan Nasional menerajui kerajaan sudah banyak bantuan yang telah diberikan, baik bantuan dalam tunai mahupun sistem Kewangan yang disediakan oleh Bank Bank tempatan.

Ini bukan hal yang melucukan ya, oleh kerana mungkin mulut mereka yang terlalu celupar menghubung kaitkan peningkatan angka jangkitan Covid-19 dengan pemerintah Perikatan Nasional. Walaupun semua orang tahu kebanyakan kes jangkitan disebabkan oleh kedegilan segelintir masyarakat itu sendiri hingga menyusahkan hidup orang lain. Ada tu diantara mereka yang tidak semena mena dijangkiti Covid-19. Mungkin kah ini yang dinamakan kifarah? Jadi berhati hati kawan, memburukkan kerajaan yang berusaha mengawal penularan Covid-19 samalah ertinya dengan merendahkan pengorbanan barisan hadapan yang terpaksa mengorbankan kebahagiaan mereka.

Persoalannya kenapa kah penyokong kluster Mahkamah dan sudah tentu pembangkang, tegar memanipulasi penularan Covid-19. Sedangkan ia menuntut kerjasama dari semua pihak iaitu kerajaan atau penguatkuasa serta yang paling penting masyarakat itu sendiri? jentera pembangkang dan pro kluster Mahkamah juga adalah manusia atau masyarakat walaupun tidak sepenuhnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: