Warisan Hanya Mampu Viralkan Laporan Polis Keatas Jentera STAR

Warisan hanya mampu memviralkan laporan Polis yang dibuat keatas seorang jentera dari parti STAR. Laporan Polis itu berkaitan gangguan keatas seorang perempuan.

Macam perkara biasa bha tu kan. Maksud admin, kelakuan yang juga dilakukan oleh penyokong atau jentera parti Warisan pada tahun 2018, hanya beberapa bulan dari tarikh penubuhan Kerajaan Warisan Sabah. Betul tak? klik link dibawah. Punyalah kemaruk, waktu pegawai berkenaan mengskodeng seluar dalam pekerja wanita itu si Aziz Jamman ada disana. Sebab itulah terpaksa gambar si Aziz digunakan sebagai cover pada artikel ini.

Bekas pegawai timbalan menteri ‘skodeng’ bawah skirt wanita ditahan polis

Kalau kepimpinan dan jentera Warisan cuba mengkritik berkenaan salah guna kuasa, sudah tidak boleh, sebab mereka telah pun terbukti rakus dan tamak. Seperti yang dilakukan oleh si Peter Anthony Adun Melalap dan Si Saipul setiausaha sulit kepada Menteri Pelancongan era Pakatan Harapan yang juga Naib Wira Warisan Bahagian Semporna. Mangkuk dua orang itu telah pun dihadapkan ke Mahkamah kerana menipu wang rakyat melalui urusniaga yang tidak sah. Klik link dibawah.

Peter Anthony Dikuarantin dan Perbicaraannya Ditangguh ke Mei 2021

Bekas setiausaha sulit kanan menteri ditahan SPRM

Nak mengkritik berhubung kononnya kegagalan orang dari konteks pentadbiran juga tidak boleh sebab mereka telah terbukti gagal selaku kerajaan Warisan bilamana di tumbangkan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Benar benar habis modal. Hanya itulah kemampuan mereka terpaksa menyentuh peribadi seseorang walaupun sebenarnya tidak ada kaitannya dengan kepartian. Kesian juga kan?

Mereka juga buat buat lupa pasal kenapa panggilan Warisantut tiba tiba muncul dan viral waktu itu. Warisan adalah nama satu parti “tut” pula diambil dari nama santut yang bermakna seluar dalam. Disambung menjadi Warisantut. Satira ini muncul susulan pegawai si Aziz yang mengskodeng seluar dalam itulah.

Nampak tak, apa lagi modal mereka. Selain menyebarkan keaiban orang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: