Peter Anthony Dikuarantin dan Perbicaraannya Ditangguh ke Mei 2021

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu ditangguhkan ke 3 Mei, selepas bekas menteri itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Peguam D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.

“Oleh itu, saya memohon satu penangguhan untuk perbicaraan kes hari ini,” kata peguam itu.

Hari ini sepatutnya hari ke-5 perbicaraan kes berkenaan dengan saksi pendakwaan ke-9, bekas Pengerusi ULink Property Sdn Bhd, Abdullah Mohd Said menyambung keterangan.


Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan penangguhan itu namun untuk rekod mahkamah, kelima-lima saksi dari Sabah hadir untuk memberi keterangan pada hari ini.

“Saya mohon beberapa tarikh perbicaraan baharu sebagai persediaan sekiranya berlaku kemungkinan pihak-pihak lain perlu menjalani kuarantin terutamanya musim Covid-19.

“Pada tarikh akan datang, pihak kami bercadang untuk memanggil saksi dari Semenanjung iaitu bekas Perdana Menteri Najib Razak serta memanggil semula bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi dan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Hashmuddin Mohamad untuk pemeriksaan balas,” katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 3, 4 dan 19 Mei; 26 dan 27 Julai; 23 dan 27 Ogos; 29 dan 30 Sept; 28 dan 29 Okt; serta 15 dan 16 Nov depan sebagai tarikh baharu perbicaraan.



Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu, dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Peter juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu, dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.

Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Perbicaraan itu satu hal. Hal yang berkaitan dan sedang dipolitikkan oleh besi buruk Warisan iaitu perlaksanaan PKP di daerah Tawau. Sekarang kamu nampak sudah kah betapa seriusnya ancaman Covid 19.

Habis itu kenapa pihak yang berkenaan bermati-matian mempolitikkannya hingga sanggup kononnya menyebarkan gambar plycard yang tertulis seolah-olah mereka dianiaya akibat perlaksanaan PKP. 👎

Macam mana tu. Asyik masuk Mahkamah saja. Nampak benar penipu tu. Hahahah

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.