Bung Ada Kes Rasuah Di Mahkamah Wajar Kuasanya Dihadkan

Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin with wife Datin SerI Zizie Ezette walking out after being charged at the Kuala Lumpur court in Jalan Duta. AZHAR MAHFOF/The Star

Semalam terbaca kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Adun Lamag, Datuk Bung Mokhtar. Dimana dia tidak berpuas hati bila Kementerian Kewangan Negeri Sabah menghadkan kuasanya selaku Menteri di Kementerian Kerja Raya.

Wajarlah di hadkan tu, ada kes rasuah yang belum selesai di Mahkamah kan!

Menurut Datuk Bung, Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah menganugerakan kerja penyeliaan jalan di peringkat Majlis Perbandaran dan Daerah kepada kontraktor tertentu.

Apa boleh buat, sebaiknya Datuk Bung belajar menerima kekurangan dirinya selaku pemimpin politik. Apa lagi dalam keadaan sekarang dimana tidak ada parti yang benar benar mendominasi keadaan, UMNO khususnya kalau di Sabah ibarat telur di hujung tanduk. Sedikit kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO di negeri Sabah, pasti dapat menebalkan lagi kebencian masyarakat politik untuk menolak UMNO. Jangan pernah lupa dengan fakta yang calon UMNO kalah kepada calon Bebas dalam pilihan raya negeri Sabah 2020.

Bila Kementerian Kewangan Negeri Sabah seolah olah membelakangkan portfolionya selaku Menteri Kerja Raya. Mesti ada sebabnya tu antara lain supaya tidak berlaku pembaziran dan syarikat yang dilantik benar benar berkemahiran serta berkeupayaan. Memandangkan Datuk Bung masih terlalu baru dalam portfolio yang melibatkan prasarana jalan raya.

Era mengalibabakan projek kerajaan di negeri sudah berakhir walaupun cuba dipraktikkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini. Jadi dengan demikian ia telah menjadi tugas kerajaan negeri pula untuk membenterasnya atau paling tidak mengurangkannya.

Datuk Bung Mokhtar masih dalam proses perbicaraan rasuah di Mahkamah. Jadi dengan menghadkan kuasa beliau, itu secara tidak langsung dapat menarik kepercayaan rakyat Sabah untuk mendokong lagi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Sekaligus menutup persepsi negatif yang selama ini berjaya disebarkan oleh pembangkang. Dibawah ini adalah keratan akhbar berhubung kes rasuah yang dihadapi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Bung Mokhtar dan isteri.

Bayangkan jika kuasa penuh tetap diberikan pada Wakil Rakyat yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Bukan kah ia menjadi bola tanggung kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Sudah tentu pasti!

Lihat apa berlaku pada kerajaan Warisan, bila Peter Anthony terus berkuasa penuh selaku Menteri Infrastruktur Negeri Sabah, walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah atau penipuan di Mahkamah yang melibatkan wang rakyat. Warisan ditumbangan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 juga menunjukkan rata rata calon Warisan yang berjawatan dalam Parti dan kerajaan negeri Warisan sebelum itu mendapat majoriti yang sangat tipis dibawah 500 undi.

Hari ini Warisan terpinga pinga mencari parti untuk dijadikan rakan sekutu bagi menjalankan konspirasi “rampasan” kuasa, namun sehingga saat ini Warisan gagal melakukannya. Orang atau parti yang tidak maklum saja yang sanggup merosakkan reputasi mereka setelah berkerjsama dengan Warisan. Tengok apa berlaku pada UPKO, seronoknya sekejap saja, tinggal satu kerusi.

Jadi begini, selesaikan dulu kes rasuah yang ada di Mahkamah tu, barulah selepas itu boleh diberikan tanggungjawab yang penuh. Jangan gara gara nafsu yang gagal dikawal menyebabkan BN ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum yang akan datang, ini memandangkan UMNO atau BN adalah juga sebahagian dari kerajaan GRS. Bermaksud sekiranya ramai calon daripada BN yang kalah sudah tentu pasti ia akan menjejaskan dominasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Jangan lupa tenang apa yang dinyatakan Datuk Rahman Dahlan pasal kepimpinan Bung Mokhtar semasa krisis mereka memuncak. Apa Rahman kata Bung tu terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah yang tidak melayakkannya untuk mengetuai UMNO Sabah. Ternyata telaan Rahman itu ada kebenarannya. Bila UMNO hanya mampu memenangi 14 kerusi iaitu tidak sampai separuh dari 41 kerusi yang disertai pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Menjadi seorang pemimpin atau wakil rakyat ini, kenalah berani mengakui kelemahan diri demi kebaikan parti secara keseluruhannya. Jangan mudah melata atau bersikap ego sentrik. 

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.