Ketua Menteri Bagi Bantuan Mangsa Kebakaran Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, hari ini, menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru, di Masjid Al Kauthar, di sini.

Hajiji turut menyampaikan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) selain bakul makanan dan peralatan dapur (RM500) serta bahan binaan rumah (RM2,000) turut diberikan kepada KIR terbabit.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, seramai 51 ketua isi rumah (KIR) yang membabitkan 216 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 33 rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru, dekat sini musnah dalam kebakaran itu.

Selain bantuan daripada kerajaan negeri, beberapa agensi dan sektor korporat lain termasuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM13,000 untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran.

Hajiji berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terbabit dalam kebakaran pada awal pagi, Selasa lalu.

TAMAT

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor mengambil peluang melawat kawasan kebakaran yang nemusnahkan lebih 30 buah rumah dalam kejadian di perkampungan atas air di Tanjung Aru, pada awal pagi Selasa lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyaksikan sumbangan khas tambahan sebanyak RM13,000 daripada MUIS untuk diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru, di Masjid Al Kauthar, di sini hari ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.