Kalau kamu layan karenah penunjuk perasaan suruhan parti Warisan di Tawau baru baru ini. Samalah ertinya seolah-olah kamu tinggal di negara jiran Indonesia dan hidup bersama mereka. Dimana antara cara utama mereka mencari jalan penyelesaian ialah melalui tunjuk perasaan di tepi tepi jalan.
Tapi kamu tengok adakah keadilan negara itu telah dikecapi oleh rakyatnya. Tidak ada geng malah semakin teruk. Kemiskinan semakin menjadi jadi, begitu juga dengan rasuah semakin sukar untuk dikawal.
Disebabkan terlalu banyak birokrasi yang dihadapi oleh rakyatnya.
Kerajaan negara itu juga hanya sibuk mengurus rakyatnya yang kerap menimbulkan masalah. Sikit sikit keluar menunjuk perasaan, walaupun tidak dinafikan ada juga kewajarannya, memandangkan kehidupan dan pentadbiran di negara mereka terlalu sulit dan menyulitkan. Sebab itulah ramai rakyatnya terpaksa berhijrah ke negara-negara jiran seperti Malaysia.
Sebentar tadi admin terbaca beberapa kenyataan dari penyokong Warisan yang mengagung-agungkan penunjuk perasaan hingga mendakwa anggota Polis pula yang bersalah. Ada yang memviralkan gambar kawan kawan penunjuk perasaan dan gambar kain rentang yang digantung di satu jambatan di Kota Kinabalu sebagai tanda solidariti. Nampak sangat ada usaha yang cuba membesar besarkan diri dan budaya negatif seperti itu.
Justeru kalau kamu layan karenah mereka, nanti seolah-olah kamu rakyat Sabah pula yang tidak ada kemampuan dan tidak ada hak hingga menuntut sesuatu pun terpaksa bergantung pada mereka.
Soalan admin adakah kamu itu terlalu naif hingga terpaksa bergantung pada mereka?
Hakikatnya orang tempatan Sabah mampu melakukan hal yang lebih agresif daripada penunjuk perasaan itu. Tapi itu bukan cara orang Sabah mencari jalan penyelesaian apa lagi melibatkan keselamatan atau keharmonian orang lain.
Malaysia mempunyai sistem pentadbiran antara yang cemerlang di Asia, justeru menunjuk perasaan kerana pemerintah Malaysia menguatkuasakan PKP adalah perbuatan yang tidak masuk akal atau kamu itu ada penyakit mental akibat mendambakan sesuatu yang bukan hak.
Ironinya kalaulah aktiviti menunjuk perasaan dapat menyelesaikan masalah, sudah lama Indonesia itu menjadi sebuah negara maju. Tapi yang ada adalah sebaliknya dari semua sudut termasuklah dari sudut pendidikan dan keadilan sosial sesama mereka.
Berbalik soal tunjuk perasaan dan ancaman Covid-19. Terbukti tunjuk perasaan yang berlaku di negara Indonesia kerana menentang peraturan lockdown memburukkan lagi keadaan mereka.
Indonesia sehingga hari ini bergelut dengan Covid-19.
Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia sehingga 24hb April terus meningkat agak meninggalkan India. Teruk kan.
Kerajaan Indonesia mengetatkan pergerakan rakyatnya termasuklah kemasukan dari negara luar.
Tinggalkan Jawapan