Kenyataan media Ketua Menteri Sabah datuk Hajiji Noor.

Bahawa kerajaan negeri Sabah bagi tujuan mencegah kemasukan virus baharu yang dikenali sebagai Varian Of Concern (VoC) yang berjaya dikesan oleh badan dunia, WHO.
Telah mengambil langkah-langkah keselamatan antaranya menyekat kemasukan individu dari negara India, Perancis, United States, Afrika dan Brazil untuk memasuki negeri Sabah.
Pun begitu kerajaan negeri Sabah mengecualikan kemasukan rakyat Sabah yang datang dari lima negara berkenaan. Tetapi perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di lokasi kuarintin yang telah disediakan.
Berhubungan itu mana-mana kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menjalankan prosedur signoff di negeri Sabah kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari di stesen yang diwartakan.
Arahan ini berkuatkuasa pada 28 April 2021.