Mari kita ungkap peristiwa yang berlaku dua atau tiga hari yang lepas. Peristiwa panas yang ada hubungkaitnya dengan parti yang paling tua di Malaysia iaitu parti UMNO.
Admin difahamkan rakaman suara itu di antara Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Perbualan mereka berkenaan ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2020.
Ucapan Presiden UMNO pada waktu itu berkisar soal pendirian mereka terhadap Perikatan Nasional atau Parti Bersatu khususnya.
Kerana terlalu lantang dan menafikan Bersatu. Ramai yang berpendapat seolah olah perhimpunan Agung UMNO kali itu adalah perhimpunan menghentam Perikatan Nasional yang terdiri parti Bersatu/PPBM dan PAS. Hahahah.
Ucapan Timbalan Presiden UMNO Keliru dan Memalukan – UMNO Titiwangsa
Wahal melalui kerajaan inilah UMNO cuba bangkit selepas kekalahan UMNO pada pilihanraya yang ke-14.
Kalau kita amati perbualan itu jelas ada konspirasi jahat yang cuba direalisasikan oleh mereka khususnya Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Kita tahu Presiden UMNO Zahid Hamidi sedang dibicarakan di mahkamah kerana salah guna kuasa. Ramai yang menjangkakan Zahid akan meringkuk di penjara seperti mana Najib Razak.
Itu bererti konspirasi yang dijalankan oleh Zahid Hamidi dan Anwar ialah cuba mengangkat Anwar Ibrahim sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan demikian tuduhan Zahid Hamidi di Mahkamah akan dapat di tarik balik.
Rakaman ini bah yang admin maksudkan.
Dengar cerita Presiden UMNO Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan, bahawa dia akan membuat laporan Polis agar siasatan dapat dijalankan. Namun sehingga saat ini satu laporan Polis pun tidak ada.
Untuk makluman rakaman suara ini telah disahkan sebagai tulen atau benar oleh laskar UMNO, Lokman Adam.