Akhirnya teka-teki berhubung kedudukan Adun Sebatik Hassan Panglima Amir selepas sebulan menjadi Adun Bebas terjawab.
Pada 25 Februari yang lalu Hassan mengistiharkan dirinya keluar daripada parti Warisan dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Namun waktu itu beliau tidak menamakan Parti yang bakal disertainya
Alhamdulillah, kelmarin sempena ulangtahun kedua Bersatu Sabah di peringkat negeri. Hassan menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Perhubungan negeri Sabah Datuk Hajiji Noor. Peristiwa itu disaksikan sendiri Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Setiausaha Agung Bersatu Malaysia.
Sewajarnya lah pengorbanan Wakil Rakyat ini dibanggakan oleh pengundi ADUN Sebatik, kerana sanggup berkorban apa saja demi kemajuan mereka.