Shafie Anggap Rayuan Kalimah Allah Sandiwara PN

Terlampau pula tuduhan Shafie Apdal katanya rayuan yang dikemukan oleh kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan non-muslim. Hanyalah taktik untuk mengumpul kekuatan dikalangan orang orang Melayu atau Bumiputera, sebelum pilihan raya umum ke 15. Taktik itu kononnya akan lebih mudah menjelang bulan Ramadhan kerana waktu ini masyarakat Islam beribadat secara berjemaah atau berkumpulan.

Apa punya Shafie oh apa dia ingat politik ni adalah segala galanya bagi umat Islam yang bertakwa kah. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat sekuat dan sebaiknya, bukannya bulan untuk berpolitik.

Shafie juga mendakwa mereka yang bukan Islam tidak boleh dihalang dari menggunakan kalimah Allah, kerana Allah adalah pencipta semesta alam. Ya betullah tu mana ada umat Islam yang menyangkalnya atau menafikannya. Sebaliknya itulah akidah penganut agama Islam.

Tiada Tuhan selain Allah.

Mari kita saling hormat menghormati. Di antara penganut agama Islam dan penganut agama Kristian atau lain-lain.

Sepatutnya Presiden Warisan tidak boleh membuat kenyataan seperti itu melainkan memang berniat untuk mempolitikkan penggunaan kalimah Allah, dengan menyalahkan orang lain. Orang tua-tua kata lempar batu sembunyi tangan.

Hati hati Presiden Warisan jangan sesuka hati meluahkan kenyataan seperti itu. Dunia ini tidak wujud tanpa kasih sayang Allah yang satu. Jadi apalah sangat berbanding parti Warisan yang dipertahankan sangat tu. 👎

Mengikut perlembagaan setiap kes yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. Hukuman atau keputusan itu boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan. Jadi apa masalahnya jika keputusan penggunaan kalimah Allah pula yang di rayu?

Sepatutnya Shafie mencontohi sikap Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan yang meminta agar keputusan Mahkamah Tinggi keatas penggunaan kalimah Allah tidak dipolitikkan. Sebaliknya biarlah lunas lunas kehakiman yang menentukannya.

Kenapa bila wakil rakyat Warisan yang berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah. Tidak menjadi isu bila mereka merayu agar perbicaraan dipindah ke Mahkamah Tinggi Sabah. Sedangkan kalau diperhalusi nampak seperti ada muslihat politik iaitu untuk menyuntik atau meraih sokongan dari penyokong Warisan. Seperti yang berlaku sebelum ini setiap kali wakil rakyat Warisan hadir ke Mahkamah, dia akan diiringi oleh beberapa penyokong penyokong Warisan yang memegang bendera parti Warisan, seolah-olah mereka telah dianiaya. Mangkuk lah!

Ini bukan kali pertama Presiden Warisan mencampuri urusan agama di negeri Sabah. Sebelum ini Shafie hadir ke beberapa gereja dan mendakwa pemimpin KDMR yang beragama Kristian tidak bertanggungjawab atau tidak menjaga agama Kristian. Klik links di bawah

Awal Warisan, Berpolitik Hingga Ke Gereja Cetus Perbalahan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.