PEGUAM terkemuka, Rosli Dahlan telah membuat laporan polis terhadap bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam dan dua individu lain kerana menuduh beliau menerima wang sogokan berbilion ringgit dari Goldman Sachs dalam menyelesaikan skandal 1MDB.
Rosli yang dilantik oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai penasihat undang-undang dalam tuntutan mahkamah terhadap Mohd Puad Zarkashi dari Umno, berkata dalam laporannya Lokman telah menuduhnya mendapat 10% daripada penyelesaian Goldman Sachs bernilai RM17 bilion.
Ini bukan kali pertama Lokman Adam bakal disaman kerana menfitnah berhubung skandal 1MDB.
Sebelum ini Lokman Adam yang berjawatan Majlis Tertinggi UMNO pada waktu itu telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pendakwa kes 1MDB kerana mengugut saksi iaitu bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin.
Menyebabkan dia diheret ke Mahkamah kerana tunjuk sebab ataupun jawapan yang dikemukakan tidak logik.