Sabah Rugi RM10 Juta Kerana Kegagalan Kerajaan Warisan

KOTA KINABALU: Sabah kerugian tidak kurang RM10 juta dalam hasil dari kayu balak disebabkan Kerajaan Negeri terdahulu mengisytiharkanh secara salah bahawa pembalakan haram berlaku secara besar-besaran dan merampas 40,000 kayu balak kerana didakwa ditebang secara haram dan pengekstrakan balak hampir dua setengah tahun lalu.

Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan (gambar), berkata apa yang jelas kini ialah tiada apa untuk membuktikan dakwaan itu, yang rampasannya mungkin satu rekod dunia, tapi paling pasti, ia satu rekod Sabah.


Satu persatu kelemahan atau kegagalan kerajaan Warisan berjaya dikesan. Kegagalan itu bukan hanya kerana rakyat Sabah telah membayar gaji Ketua Menteri dan kakitangannya yang tidak cekap. Tetapi tindakan yang mereka ambil telah merugikan rakyat dan negeri Sabah.

Betapa teruknya kerajaan Warisan. Betul-betul besi buruk macam jentera parti Warisan. Tidak semua tapi sangat ramai.

Hari-hari meroyan tetapi hari-hari juga ahli meninggalkan parti Warisan. Begitu juga dengan wakil rakyat mereka satu persatu dikutip oleh SPRM kerana salah guna kuasa. Alahai!

Benarlah kata orang tidak ada apa yang mereka lakukan sepanjang dua tahun menjadi kerajaan negeri, selain hanya cuba menonjolkan diri sebagai kerajaan yang kononnya bersih dengan mencipta kesalahan yang tidak wujud ke atas orang lain.

Contohnya seperti pendedahan ini. Kerajaan negeri Warisan sengaja mengistiharkan kawasan pembalakan yang sah sebagai pembalakan haram.

Ada yang masih ingatkah dimana Yayasan Sabah era kerajaan parti Warisan telah menyaman Tan Sri Musa Aman kerana kononnya Yayasan Sabah pada waktu itu telah membuat perjanjian yang meragukan.

Meragukan tengkorak apa, terbukti hari ini kerajaan Warisan yang salah membuat penaksiran ke atas kawasan balak yang telah dilesenkan, menyebabkan kerajaan Sabah mengalami kerugian sehingga RM10 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.