Zahid Hamidi Dituntut Buat Penafian Tidak Bersama PKR dan DAP

Ada juga dikalangan penyokong UMNO yang percaya Presiden mereka istiqamah dalam memperjuangkan UMNO.

Maksud istiqamah ialah tidak berganjak dari satu satu perkara walau apapun yang berlaku. Seperti contoh kalau selama ini UMNO membenci PKR dan DAP maka sampai bila-bila pun UMNO tidak akan bekerjasama dengan dua parti ini.

Tetapi apa yang telah dilakukan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi adalah sebaliknya. Zahid Hamidi telah berunding dengan Anwar Ibrahim hingga Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd. Fuad Tukirin menyarankan pada Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO agar mendesak Zahid Hamidi membuat penafian.

Ada yang kata Zahid terpaksa melakukannya sebab takut akan menerima hukuman penjara oleh Mahkamah rentetan skandal Yayasan Akal Budi dan Visa pekerja asing yang dihadapinya.


KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu segera meminta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada lebih tiga juta ahli parti atas dakwaan DAP berhubung rundingan Presiden UMNO itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seperti mana desakan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd. Fuad Tukirin dibawah.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd. Fuad Tukirin berkata, dakwaan DAP itu sangat serius dan boleh menjejaskan keyakinan akar umbi sekali gus mengakibatkan UMNO tersungkur sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Katanya, selaku kuasa tertinggi dalam hierarki UMNO, MKT perlu meminta Ahmad Zahid membuat penjelasan itu sebelum atau semasa Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini demi kebaikan dan survival parti.

“Kita tidak mahu UMNO kalah sekali lagi dalam isu DAP dan Anwar ini. Apa guna kita berpolitik kalau parti yang kita bawa bertanding kalah PRU nanti. Isu macam ini yang akan menjatuhkan UMNO sekali lagi.

“Memang jelas doktrin UMNO ialah No DAP, sebab kita tidak tahu apa perlembagaan dan polisi parti itu. Suara-suara sudah ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan dan sebagainya tentang (perilaku Presiden sebagai orang tertinggi parti sendiri berunding dengan Anwar dan DAP).

“Jadi kita harap beliau (Presiden) dapat perjelaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO ini nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menerusi blognya mendakwa Presiden PKR itu berunding dengan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan UMNO boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang bekerjasama dengan PKR atau DAP.

Sebelum itu, Anwar mengesahkan sedang mengadakan rundingan dengan pemimpin UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik menjelang PRU-15. – UTUSAN ONLINE

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.