
Apa konok pentadbiran yang dirindui rakyat yang dibuat semasa kerajaan Warisan? tidak ada, kalau dibenci dan terus ditolak ini jelas ramai rakyat Sabah yang berdendam pada parti Warisan tanpa mengira bangsa dan agama.
Bikin hairan ada ada saja isu yang sengaja dimainkan oleh macai Warisan ni, walaupun tidak menjadi kenyataan sekaligus terbukti telah menguntungkan rakyat Sabah.
Begitulah ciri ciri orang atau pihak yang terdesak akan melakukan apa saja helah supaya kegagalan mereka dilupakan. Ibarat memaksa orang cergas mempercayai cerita dongeng sedangkan hanya boleh diterima atau dipercayai golongan yang cetek pemikiran makanya timbul istilah bodoh itu percuma.
Baru baru ini macai Warisan mempolitikkan keadaan jalan raya di Telupid walhal kerosakan berlaku semasa kerajaan Warisan. Sebab itulah mereka bertindak mengumumkan akan membaikinya dan beritanya telah menjadi sedutan portal berita.
Tapi sehingga kerajaan Warisan berakhir se inci pun jalan yang dimaksudkan tidak dibaiki. Malah Menteri Infrastruktur, Peter Anthony yang mengumumkannya bertindak menubuhkan parti sendiri dan meninggalkan parti Warisan.
Kerajaan GRS Gigih Membaiki Jalan Seperti Di Bulan Yang Diwarisi Dari Kerajaan Warisan
Begitu juga dengan isu air dan bekalan letrik yang dicanang oleh pemimpin dan laskar Warisan. Bila Timbalan Ketua Menteri Sabah Ke 3 Ir Shahelmey mendedahkan faktor yang menyebabkan gangguan air dan SESB sendiri mendedahkan perkara yang menyebabkan gangguan bekalan letrik. Dimana ternyata bukan disebabkan oleh kerajaan negeri tapi pihak JANS dan SESB sebagai agensi swasta yang gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Perlu dimaklumi kerajaan Warisan sebelum ini cuba membeli SESB tapi gagal, ini membuktikan sememangnya mereka tahu Sabah bakal berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik.
Samalah dengan bekalan air hakikatnya mereka juga sedar sebab itulah Ketua Menteri Shafie melantik orang politik sebagai Pengarah Air Sabah, Amarjit Singh walaupun bercanggah dengan undang undang negeri Sabah. Tapi apa bila kerajaan Warisan tumbang dia bertindak menyertai parti STAR dan masalah yang dihadapi JANS tetap begitu sehinggalah GRS menjadi kerajaan negeri Sabah.
JANS Punca Bekalan Air Bermasalah Di KKIA, Sepanggar Dan UMS (Video)
Sepatutnya Tidak Ada Masalah Bekalan Air Di Sabah Dll – KM Hajiji (Video)
Jawapan tuntas SESB Berhubung Gangguan Bekalan Letrik Baru Ini (Video)
Walau segala propaganda dan isu yang di dakwa oleh laskar Warisan ke atas kerajaan negeri GRS berjaya dipatahkan atau terbukti bodoh dan bohong.
Tapi tidak berhenti di situ, pencacai parti Warisan akan terus mengeluarkan kenyataan seolah-olah masyarakat tidak mengetahui kelemahan dan kegagalan mereka, termasuklah isu yang dibangkitkan baru sebentar tadi.
Saya macam familiar dengan nama mangkuk Mohd Fadly ini, orang yang selalu kantoi bodoh dan bohong di grup Whatapps, dia tu kalau bercakap cukup kurang ajar dan biadab. Tapi saya hadapinya juga lama lama lenyap sendiri.
Dia kata rakyat Sabah merindui pentadbiran kerajaan Warisan disebabkan tiga perkara. Lucu puak ni!
- Kononnya kerajaan negeri Warisan adalah yang pertama meletakkan pegawai kanan SPRM di pejabat Ketua Menteri Sabah.
Idea meletakkan pegawai kanan SPRM di pejabat Ketua Menteri Sabah bukannya idea atau kehendak Shafie Apdal ketika itu. Tapi merupakan idea musuh Shafie semasa memegang jawatan Menteri KKLW iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dia yang mengarahkan supaya Pegawai SPRM di letakkan di Pejabat Ketua Menteri Sabah. Walaupun begitu masih timbul berita pegawai politik yang dilantik dari parti Warisan di siasat SPRM dan dihadapkan ke Mahkamah.
Latheefa Koya sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan Ketua Biro Guaman PKR. Era politik PKR mendedahkan skandal Menteri KKLW ketika itu.
- Kononnya Ketua Menteri Shafie menamatkan eksport kayu balak serta merta.
Kerajaan negeri Warisan tidak pernah menamatkan eksport kayu balak. Ketua Menteri Shafie hanya menghentikan buat sementara eksport balak Sabah. Bagi memastikan bekalan kayu kayan bagi keperluan dan produktiviti industri tempatan mencukupi. Selain untuk menyediakan peluang pekerjaan disini saya tidak faham bab mana bila eksport dihentikan dapat memberi peluang pekerjaan.
Dihentikan buat sementara bererti nasib baik kerajaan Warisan tumbang, jika tidak ramai yang yakin dan percaya pokok pokok balak yang ditanam era kerajaan Musa Aman akan turut menjadi mangsa pembalakan.
Disebabkan kerajaan Warisan tidak cekap mentadbir Sabah, kerajaan negeri telah kerugian sehingga RM10 juta berkaitan pembalakan.
Sabah Rugi RM10 Juta Kerana Kegagalan Kerajaan Warisan
- Kononnya kerajaan negeri Warisan menghentikan pemberian lesen judi.
Hakikatnya kerajaan negeri tidak ada kuasa menghentikan lesen judi yang berkuasa dan berkeupayaan ialah kerajaan Persekutuan.
Kerajaan negeri Sabah, GRS juga tidak pernah memberikan lesen judi walaupun tetap dibenarkan ini kerana kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen judi. Tapi apa kelebihan kerajaan Warisan berhubung lesen judi?
Hari ini di pekan kecil Semporna tu hah, berlambak kegiatan judi haram dan jual beli syabu tapi tidak pernah disuarakan oleh mana mana wakil rakyat dari Semporna. Takut dianggap wakil rakyat Warisan jahat dan tidak lagi diundi ke?
Kesimpulannya tidak apa yang boleh dibanggakan dari kerajaan Warisan, khsusnya dalam soal perjanjian Malaysia 1963. Memberikan bantuan tunai pun gagal apa lagi melibatkan prosedur atau diluar bidang kuasa kerajaan negeri.
Bantuan Sabah One-off RM300 Ada Unsur Penyelewengan
Masyarakat Bajau Suluk Tanya Mana Sabah Ubah, Apa Yang Berubah, Kami Bukan Binatang (Video)






















Leave a Reply