PM Muhyiddin Yang Salurkan Dana Untuk UMNO Berkempen Di PRN Sabah 2020

Satu lagi pendedahan mengejutkan perihal sikap UMNO yang memandang serong Perikatan Nasional atau PPBM khususnya.

Didakwa pada September tahun 2020 UMNO memohon sejumlah dana untuk digunakan bagi berkempen di pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini.

Waktu itu Tan Sri Annuar Musa adalah Setiausaha Agung BN dialah yang membawa permohonan itu menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional.

Permohonan itu dimajukan ketika mereka berada di Sibu Sarawak pada 16 September 2020. Maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memberikan sejumlah dana yang besar kepada UMNO untuk berkempen di pilihan raya negeri Sabah 2020.

Tetapi malangnya hal itu disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hingga ada di antara mereka yang skeptikal dan mendakwa kononnya PPBM atau Bersatu membuli UMNO.

Dibuli macam mana kawan kalau peruntukan untuk berkempen pun diberikan tanpa banyak soal. Ini kerana sebagai seorang Perdana Menteri yang mewakili kerajaan semestinyalah yang dikehendaki ialah setiap parti dalam kerajaan mendapat kemenangan.

Pendedahan ini juga sekaligus menjawab dakwaan buruk sangka kononnya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini Perikatan Nasional telah berkomplot dengan parti-parti tempatan Sabah untuk menjatuhkan UMNO. Sebab itulah kononnya berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru dan UMNO hanya mendapat tidak sampai separuh dari jumlah kerusi yang ditandingi.

Walhal pada hakikatnya mereka tahu apa yang menyebabkan kekalahan mereka namun tidak diakui. Antaranya penolakan masyarakat Sabah terhadap calon-calon daripada UMNO atau BN. Bayangkan calon Bebas pun dapat mengalahkan calon daripada UMNO.

Warisan itu sendiri mendapat tempat kerana sentimen mereka terhadap UMNO begitu juga dengan parti PCS antara agenda utama mereka ialah anti kepada UMNO menyebabkan PCS mulai dikenali di kalangan rakyat Sabah, walaupun masih jauh untuk bersaing di peringkat negeri.

Kesimpulannya kalau benarlah PPBM atau parti Bersatu ingin mendominasi kerajaan Perikatan Nasional tidak mungkin Presiden Parti Bersatu sanggup memberikan modal kepada UMNO untuk berkempen di pilihan raya negeri Sabah. Berlakunya pertembungan beberapa penjuru di antara parti-parti pemerintah pada waktu itu adalah atas persetujuan mereka kerana masing-masing percaya mereka akan mendapat kemenangan. So biarlah bertanding secara sihat. Sebab kalau parti itu memang diminati berlakulah seratus penjuru sekalipun anda tetap akan menjadi pilihan.

Wah padan pun ketika berkempen itu hari hampir semua jentera UMNO dari Semenanjung berada di Sabah. Nah duit yang kamu gunakan itu hari adalah ehsan daripada Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional. Bukan daripada UMNO. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.