UMNO Enggan Berunding Ambil 13 Kerusi Yang Diwakili PPBM

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan ajakan supaya UMNO kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN)

Menurutnya, UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik mereka.


Potongannya macam saja UMNO yang membagi makan pengundi yang tinggal di 13 kawasan yang kini diwakili oleh PPBM khasnya kawasan PPBM yang di Sabah ni. Bikin ketawa dan bikin geram pun ada.

Bikin geram sebab seolah-olah merendahkan keintelektualan rakyat dalam memilih wakil rakyat atau kerajaan. Mana yang benar-benar untuk rakyat dan mana yang mendunia sebagai kerajaan kleptokrasi.

Jangan lupa hakikatnya UMNO tumbang pada pilihanraya umum ke-14 yang lepas. Tetapi boleh membentuk kerajaan setelah diajak bekerjasama oleh parti Bersatu (PPBM) dan PAS. Maksudnya tanpa Bersatu sehingga hari ini UMNO masih menjadi pembangkang yang akan dilupakan oleh rakyat.

Cuba fikirkan ini tanpa parti Bersatu maka UMNO tidak akan menjadi kerajaan. Fikir elok-elok dan insafi.

Tidak mustahil UMNO menjadi pembangkang sampai bila-bila sekiranya Pakatan Harapan pada waktu itu diberikan peluang memikul tanggungjawab mereka sebagai kerajaan. Mungkin waktu itu banyak program yang dijalankan bagi tujuan mengekalkan kepercayaan pengundi. Walaupun sebelum hayat kerajaan Pakatan Harapan berakhir, rakyat hanya mendapat 30 ringgit, Lim Guan Eng punya kenangan 😅

Silap haribulan UMNO berkubur sebelum sempat berhadapan dengan PRU-15 kerana masa itu habis pemimpinnya disumbat ke Sungai Buloh kerana sangkut dalam perbicaraan salah guna kuasa mereka di Mahkamah.

Hari ni UMNO sudah boleh membetulkan keadaan hasil dari kesempatan yang diberikan oleh parti Bersatu. Tetapi ada satu hal yang mereka tidak boleh tinggalkan iaitu keangkuhan dan kebodohan sombong mereka. Minta dihukum sekali lagi oleh rakyat kot!

Semasa pergolakan diantara Tan Sri Musa Aman dan kerajaan Warisan. UMNO totally tidak terlibat sehinggalah DUN dibubarkan oleh Ketua Menteri Warisan. Pun begitu bila pilihanraya negeri diadakan UMNO menuntut lebih banyak kerusi berbanding parti Bersatu dan parti parti tempatan pro Bersatu. Namun Tuhan tidak mengizinkan sikap tidak sedar diri UMNO. UMNO hanya berjaya memenangi tidak sampai separuh dari semua kerusi yang disertai. Selain ada calon UMNO yang kalah kepada calon Bebas.

Hikmah dari kekalahan kepada calon Bebas telah menjadi motivasi kepada rakyat Sabah untuk terus menolak parti UMNO terutamanya bagi pengundi di pedalaman.

Kalau saja UMNO tidak lupa diri pada pilihan raya Negeri Sabah baru-baru ini dan bersetuju memberikan lebih kerusi kepada Perikatan Nasional atau GRS nescaya banyak DUN yang berjaya ditawan ataupun dimenangi.

Sebelum ini Azmin Ali ada menyuarakan agar berlaku rundingan dengan UMNO bagi menentukan kedudukan 13 kursi yang sekarang diwakili oleh PPBM. Menurut Azmin Ali jangan nanti kerana 13 kerusi itu pembangkang berjaya menukar kerajaan. Bukan senang katanya membentuk sebuah kerajaan.

Tapi cadangan itu diperkecilkan oleh pemimpin UMNO, Tajuddin Ramli khususnya. Sebagai berkata rundingan kearah itu tidak akan berlaku. Malah mereka telah membuat keputusan akan mengambil balik kesemua 13 kerusi berkenaan. Syok sendiri kah ni. 🤭

Hari ini rakyat Malaysia ada kerajaan apa yang dipanggil sebagai good governance. Oleh itulah admin amat berkeyakinan kerajaan Perikatan Nasional di Putrajaya dan Gabungan Rakyat Sabah di Sabah akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya umum ke 15 akan datang.

Lihat saja segala kegiatan tidak sihat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan, orang awam serta pengedaran syabu dibenteras habis-habisan oleh pemerintah.

One thought on “UMNO Enggan Berunding Ambil 13 Kerusi Yang Diwakili PPBM

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: