Inspektor Hanya Sengih Jadi ‘Penonton’ Pergaduhan Ganas di Bangsar


Seorang lelaki maut dan rakannya cedera dalam pergaduhan di Bangsar, awal pagi Sabtu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis dilihat hanya memerhatikan pergaduhan ganas yang mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 28 tahun di Bangsar, awal pagi semalam.

Video kejadian itu menunjukkan kehadiran seorang inspektor yang tersengih dan berkata: “Saya pun tidak tahu apa yang berlaku”, walaupun pergaduhan itu berlaku di depannya dan seorang rakan.

Polis Brickfields menerima laporan pergaduhan di lorong belakang Jalan Telawi 2 daripada orang awam sekitar 1 pagi.

FMT difahamkan keluarga mangsa tidak berpuas hati inspektor berkenaan sekadar menjadi “pemerhati” kejadian.

Difahamkan, polis Brickfields akan mengambil keterangan inspektor berkenaan yang bertugas di bahagian jenayah di Kuala Selangor.

Polis juga dijangka merampas telefon bimbit milik rakan pegawai terbabit, yang merakamkan sebahagian kejadian itu.

Tidak diketahui apa yang dilakukan inspektor berpakaian preman itu di Bangsar dan sama ada pergerakannya di luar daerahnya diluluskan ketua polis daerah Kuala Selangor.

Polis juga sedang memeriksa sama ada dia membawa pistolnya, atau mendapat kebenaran berbuat demikian ketika meninggalkan daerah berkenaan.

Mengikut Akta Polis, anggota polis wajib menghalang jenayah pada setiap masa, walaupun ketika tidak bertugas.

Jika keadaan menjadi tidak terkawal, dia mesti menghubungi balai polis berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa yang berusia 28 tahun itu ditoreh pisau dan ditikam menggunakan botol bir pecah beberapa kali, manakala rakannya berusia 30 tahun cedera di muka.

Lima lelaki menyerang mereka selepas selesai minum dengan rakan di Bangsar.

Polis dilaporkan berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama antara si mati dan suspek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.