
SUNGAI BESAR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan Pas sebagai ‘pelacur politik’ yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jamal berkata, beliau amat menghormati Tengku Razaleigh tetapi kenyataan itu hanya mengeruhkan lagi hubungan dua parti terbesar Melayu itu.
“Untuk apa kita berbalah sesama kita? (Sepatutnya) kita UMNO jaga keluarga besar kita.
PAS Pelacur UMNO Pula Perompak
Orang macam Jamal Yunos yang mendapat banyak kelebihan daripada UMNO pun mulai bersikap agak cerdik. Menolak politik kebencian yang dilemparkan oleh pemimpin pemimpin UMNO.
Berbanding jentera dan pengikut UMNO yang ada di peringkat akar umbi alahai. Segala kenyataan yang dilemparkan oleh pemimpin UMNO akan dipertahankan dan ditokok-tambah, walaupun jelas kenyataan itu hanya menyebabkan UMNO semakin lemah.
Yang lucunya kalau kita perhatikan komentar dan lagak macai tu, macam tahu sangat apa yang berlaku. Tapi cuba kamu asak berkaitan isu yang mereka bangkitkan, bukan boleh jawab tu. Atau cuba kamu ajukan soalan berkaitan isu semasa, bukan mereka tahu tu atau minta mereka namakan seorang individu yang ternama dalam pentadbiran kerajaan UMNO sebelum ini, mereka bukan tahu tu. 🤭
Itu namanya menyokong untuk membawa rebah.