Sambut Baik Pembinaan Jalan Serudong Simanggaris RM600 Juta

TAWAU; 13 MARCH 2021 (Sabtu) – Langkah Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah 600-juta ringgit bagi pembinaan jalan menghubungkan Serudong di Kalabakan, Tawau dengan Simanggaris, Kalimantan Indonesia disambut baik Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, pembinaan jalan tersebut menjadikan beberapa daerah yang bersempadan dengan Kalimantan termasuk Pensiangan akan mendapat manfaat dan dibangunkan bagi menarik lebih ramai pelancong datang sekaligus merancakkan lagi perkembangan ekonomi penduduk negeri Sabah.

Katanya, selain pembinaan jalan, ia juga termasuk pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di pintu masuk Serudong-Simanggaris.

Jelasnya, langkah itu juga tepat pada masanya apabila kerajaan Indonesia merancang memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap perlaksanaan projek tersebut dapat disegerakan bukan sahaja member limpahan ekonomi malah ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara, Malaysia-Indonesia.

Beliau berkata demikian kepada RTM pada majlis sambutan Israk Mikraj di Masjid Cahaya Raudhah, Taman Sri Apas Tawau.

Pada majlis itu, Datuk Nizam yang juga Wakil Rakyat Apas meminta umat Islam di negeri ini agar terus menghayati dan mengambil pengajaran peristiwa Israk Mikraj.

Jelasnya, umat Islam harus mengambil iktibar selain bermuhasabah diri, bahawa perintah melaksanakan solat fardhu lima waktu yang diterima oleh Rasulullah dalam peristiwa tersebut wajib dilaksanakan kerana ianya juga merupakan rukun Islam yang kedua.

Sumber INFO BES TAWAUfm

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.