Ada Lapan Lagi Ahli Parlimen Sertai Perikatan Nasional

OMG tidak berhenti pada kecerdikan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar yang keluar PKR dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Beberapa jam dari kemasukan Ahli Parlimen Kuala Langat, sudah ada dua kenyataan dari Menteri Perikatan Nasional yang mendakwa akan lebih ramai lagi Ahli Parlimen daripada pembangkang menyertai atau menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Mula-mula Azmin Ali beliau mendakwa akan ada lagi ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan yang keluar menyokong kerajaan. Terbaru daripada Menteri Wilayah Annuar Musa ia lebih spesifik bahawa ada lagi 8 ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan yang akan menyertai Perikatan Nasional.

Kekal tenang Azmin cakap. Hahaha.

Dan ia adalah hal yang tidak mengejutkan. Begitu keadaan yang disifatkan oleh Annuar Musa.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan ini kerana kerajaan Perikatan Nasional yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang berjaya dari aspek kestabilan dan usaha memerangi pendemik Covid 19 selain program ekonomi yang semakin berjaya sekaligus membuka mata semua pihak termasuk pemimpin pembangkang.


Pada admin hal yang paling tidak mengejutkan sekiranya terjadi ialah bilamana ada ahli-ahli Parlimen daripada UMNO yang bertindak cergas cerdik dan bijaksana menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Rasanya mereka tidak sanggup berputih mata hanya kerana Najib atau Rosmah.

Memperkasa agensi agensi kerajaan adalah faktor yang pada admin telah menjadi daya penarik untuk siapa pun menyokong Kerajaan Perikatan Nasional. Bila agensi kerajaan berjalan apa adanya maka akan membuahkan keadilan sekaligus keharmonian.

Dibawah adalah entry yang dikongsikan oleh penyokong Presiden UMNO. Maksudnya apa maksudnya mereka mulai menunjukkan bunga bunga tidak lagi menyokong Najib atau Rosmah. Lama lama meninggalkan UMNO, siapa tahukan, politik ni dinamik.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: