Terbongkar Kenapa Raja Salman Berhubung Secara Maya Dengan PM Muhyiddin

Semalam laskar UMNO melancarkan serangan tidak berasas dan murahan keatas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin sempena lawatan beliau ke Arab Saudi.

Oleh kerana kononnya pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Raja Salman hanya dibuat melalui maya. Itu menunjukkan lawatan Perdana Menteri tidak diraikan oleh kerajaan Arab Saudi atau Raja Salman.

(Perkara yang perlu diketahui ialah pihak yang menjemput ialah kerajaan Arab Saudi)

Mana mungkin tidak diraikan sedangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah dibawa masuk melihat keadaan Kaa’bah daripada dalam.

Untuk makluman Raja Salman adalah penjaga Kota suci Mekah atau Kaa’bah.

Inilah kenaifan para laskar UMNO ni. Mereka ingat dengan cara memfitnah seperti itu apa lagi keatas Presiden parti pemerintah seperti mereka, menyebabkan sokongan rakyat terhadap UMNO bertambah, semakin dibenci oleh rakyat adalah. Apa lagi amarah rakyat terhadap pemimpin pemimpin utama UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah masih membuak-buak.

Kalau ada yang ingin tahu kemungkinan kenapa Raja Salman tidak membuat pertemuan secara empat mata tapi hanya berkomunikasi secara virtual atau maya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah kerana pada 06 atau 07hb Mach 2021 kerajaan Arab Saudi telah melancarkan serangan balas keatas puak Houthi yang berpengkalan Sana’a, Yaman. Sudah tentulah selepas itu langkah berjaga-jaga menjadi keutamaan. Selain sudah tentu kerana faktor global, ancaman Covid-19 yang masih aktif.

Sebelum itu puak Houthi telah menyerang beberapa kawasan di selatan Arab Saudi menggunakan 10 drone yang sarat dengan muatan bom.

Pun begitu walaupun pemerintah Arab Saudi sedang berhadapan dengan serangan dari puak pengganas Syiah yang berpengkalan di Yaman ia bukan halangan untuk mereka mengalu-alukan atau meraikan kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

Bayangkan hanya untuk menyambut kedatangan seorang Perdana Menteri. Operasi semua lapangan terbang di negara itu dihentikan buat seketika. Hal ini tidak pernah berlaku semasa lawatan mana-mana Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

Ketibaan Perdana Menteri di lapangan terbang Riyadh disambut oleh Putera Mahkota Yang Amat Mulia Putera Mohammed bin Salman Al Saud iaitu pewaris Raja Salman.

Kamu ingat apa, cincai kah. Shame on you lah. 🤭

1 komen

  1. Haii..yuk kita bawang jap..apa pun. syukur alhamdulilah dan terima kasih pada semua sekeliannya yg berada di Sabah kerana tetap memberikan keyakinan. sokongan serta percaya pada Krjn Persekutuan M’sia yg di namakan juga sebagai PN..ia sesuatu yg istemewa kerana PN tergerak utk didaftarkan apabila situasi politik dikejutkan oleh si Musang yg berani..sungguhpun apa berlaku ianya bukan manis indah ..namun PPBM🌺 tetap ikhlas hatinya demi nasib rakyat Sabah yg tidak boleh dibiarkan rosak dek org org yg tak punya belas ehsan pun ttg Sabah apalagi Dap..PKR..dgn mudah mesra terbuka yg di buat oleh Shafie Afdal .ianya sesuatu yg perlu Krjn M’sia bertindak sebelum melarat rosak minda..salah anggap selama ini..semoga di masa akan datang kekal lah juga PNPPBM selamanya..begitu juga buat PM8 TSMY..moga yg buruk mudarat tuu..akan hilang pergi jauh jauh..agar satu pemimpin nie..baiklah hendaknya dalam apa serba serbi yg dilakukan..Aamiin..😊

    AnnaAriff1972😎

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: