3 Kesilapan Besar Zahid Hamidi

Fakta yang dinyatakan dibawah sebenarnya sudah berada dalam pengetahuan ramai orang tetapi yang menariknya bila apa yang kita ketahui disokong atau dibuktikan oleh pemerhati politik atau aktivis politik.


“Datuk Seri Zahid adalah sahabat saya, seperti juga Datuk Seri Anwar, tetapi saya rasa Datuk Seri Zahid telah melakukan 3 kesilapan besar.

Kesilapan pertama Datuk Seri Zahid ialah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO bersamanya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar untuk membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi PM 9. Hakikat sebenar adalah di sebaliknya.

Kesilapan kedua Datuk Seri Zahid ialah membuat keputusan dan kenyataan kononnya Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU semasa PRU 15 nanti dan UMNO menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan majoriti menyatakan pendirian di sebaliknya.

Kesilapan ketiga Datuk Seri Zahid ialah menyatakan BN bersetuju memutuskan hubungan dengan BERSATU. Reaksi dari kenyataan itu ialah bantahan daripada MCA, MIC dan PBRS.

Bila Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar membuat kenyataan menyanggah keputusan Datuk Seri Zahid berhubung kerjasama dengan BERSATU, maka itu adalah permulaan Datuk Seri Zahid menghadapi tentangan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara terbuka.

Bila kenyataan terbuka Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar bersambut kenyataan Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri maka rasanya semakin banyak peluru akan dihala ke arah Datuk Seri Zahid.

Saya percaya, rantaian peluru kalaupun tidak bertihan peluru, akan menghala ke arah Datuk Seri Zahid menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 27-28 Mac nanti. Mungkin berlaku tekanan semasa Perhimpunan Agung UMNO supaya Datuk Seri Zahid melepaskan jawatan. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Membariskan kesilapan-kesilapan Datuk Seri Zahid, yang disokong oleh kenyataan Datuk Seri Shahidan, Datuk Seri Bung Mokhtar, Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri, saya percaya Datuk Seri Zahid dalam keadaan defensif. Dia bukan sahaja tidak mampu menyerang, malah terpaksa menepis serangan yang boleh melemahkan seluruh tenaganya.”

(Pandangan aktivis politik veteran, Kamarazaman Yaacob, mengenai Datuk Seri Zahid Hamidi dalam WhatsApp Group Bicara Minda Malaysia pada pagi ini).

Sumber Facebook

One Comment

  1. Haiii..celah jap..baru balik kerja..ginilah kawan..antara kita aja tau..fikirkan tiap apa yg telah berlaku..dari tinta mantan PM 4 DSDrM selama ini..pergolakkan Umno tiada noktah tertibnya..dan kalutnya hal hal begini adalah pekara terkait sesama mereka juga..apa yg dilihat..si tua memikir sebelum perginya nanti..siapa kalangan Lelaki yg mampu mengalas beban yg ditanggung sebelum ini..watak penting utk kelangsungan tegap kukuh Krjn M’sia serta hidup mati keseluruhan warganegara nya..anggap aja..msg msg tahu risiko yg perlu dipikul tanggungjawabkan..jikalau kita adalah kalangan yg bergelar pelajar aras tertinggi pendidikkan sistem krjn m’sia..apa yg akan kita lalui..urus tadbir Krjn bukan seperti kita bernikah kahwin pada hidup kita..jadi apa yg lebih jadi keutamaan kita..tak lihat kerr..satu persatu pemimpin Lelaki melayu di perlecehkan hidup mereka hingga jadi buruk seburuk manusia..biarlah Umno hadapi hal hal mereka..jikalau tidak semua tu lupa..dan hilang terus sifat manusianya..maksudnya..tiada apa syarat yg boleh biarkan mereka mereka yg tahu apa yg mereka lakukan terlepas begitu aja..berpuluh puluh tahun dlm krjn m’sia..super mega jutawan segera yg diam diam berharta utk kepentingan diri sendiri..sedangkan Krjn itu pun gred B40 ..sama termiskin dgn rakyat jelata..ini tidak adil ..jadi..daripada perlu miskin terus hingga tiada apa apa..pekara begini sgt mudaratkan masa depan kita semua..mana boleh bebb..lagipun mereka tuu..org org yg sombong..tak berhati perut..jadi hanya yg lebih zalim sadis aja yg sedang mengajar mereka semua itu..sekadar asyik nak gunapakai nama bapak msg msg ..kononnya tebal berlori harus dikenang budi sampai kita mati..meeh kita selusuri sejarah mereka bukan apa..kepalang ungkit mengungkit..baraikan terus..siapa nak selamat..dgrlah nasihat teguran dari yg ada ada..cuma zaman ini..anna tak perlu jadi seperti Dr M..kan baik jadi diri sendiri..mudah aja..jgn terus terus jadi pak pandir..biar mereka tahu..cerdik hangit mereka . ada yg lagi cerdik cergas saingan buat mereka..jgn asyik cakap bela nasib org org melayu..padahal kerenah perangai mereka jugaklah yg merosakkan mematikan melayu itu sendiri..tak kan kita nak totok bodoh utk mereka..bukankah manusia sentiasa diberi pilihan..mane boleh paksa paksa diri kita perlu jadi mcm mereka..selisih minta dijauhkan selagi kiamat besar belum jelas terpampang..yg penting kita tahu apa yg mahu diperelok baik sesudah byk benar rosak habiss. .OK lah….😁

    AnnaAriff1972😆

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.