DAP Tidak Menolak Untuk Berkerjasama Dengan UMNO

Baru saja tadi Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim memaklumkan hasil perbincangan mereka. Bahawa Pakatan Harapan atau PKR tidak menolak sebarang kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Ini kerana UMNO sudah pun membuat kenyataan rasmi bahawa hubungan UMNO dan Perikatan Nasional atau PPBM akan diputuskan bila Parlimen dibubarkan.

Klik links dibawah.

Sah UMNO dan PKR (DAP) Ada Kerjasama Pilihan Raya

Sebenarnya hubungan baik Pakatan Harapan atau PKR dan UMNO ini bukan cerita baru, sebelum ini telah tersebar satu surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebentar tadi sekali lagi netizen dikejutkan dengan berita dimana Lim Guan Eng menyatakan dengan jelas bahawa DAP tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO asalkan kononnya kerjasama itu demi kepentingan negara dan bukannya parti. Pun begitu buat masa ini kerjasama politik itu belum ada tapi tidak menolak akan berlaku bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Macam berpakat dengan Anwar Ibrahim pula ya almaklumlah baru selesai bermesyuarat kot paling tidak baru saja berbalas whatsapp. Hahaha!

Kesimpulannya sejauh mana agaknya penyokong penyokong UMNO dapat menerima kehadiran kelak? Adakah penyokong UMNO akan terus setia kepada parti atau mungkin mengalihkan sokongan keatas salah satu parti yang ada dalam Perikatan nasional. Kita tunggu dan lihat sajalah yang pasti kalau sekadar ahli biasa atau berjawatan di peringkat cawangan mahupun bahagian, tiada kaki lah tu hingga memaksa Presiden UMNO membatalkan keputusannya untuk bekerjasama dengan PKR atau DAP.

Sebagai ingatan, antara modal terbesar UMNO keatas DAP sejak berdekad yang lalu ialah menggambarkan DAP sebagai sebuah parti yang mendokong ideologi Komunis yang kejam hingga nampak seolah-olah bukan Tuhan yang mencipta penyokong atau Cina DAP. Dahsyatnya.

Begitu juga dengan DAP antara modal terbesar mereka ialah manipulasi propaganda UMNO itu sendiri sebagai musuh atau bertentangan dengan slogan Malaysian Malaysia yang ingin melihat kesamarataan sosial di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira jenis bangsa iaitu membatalkan kontrak sosial.

One Comment

  1. Hallo..sayang..mehh anna beritahu pada kamu..hal Umno serta PKR&Dap serta PAN..telah saling ada hubungan tatkala Najib Razak itu PM lagi..malah two face about cina dap..cina mca serta cina mana pun yg terpengaruh dalam brainwash mereka .paksinya..kepala ZongDong yg terharu pasal status UEC..angkaranya di antara mereka sudah saling berlaku..itu pasal apabila hal UEC jadi hot issue..maka secara detail anna R&D siasat seluruh yg terkait nama..maka rabak barai busuk buruk msg msg..ini sgt mengejutkan..kerana menipu Krjn Persekutuan M’sia adalah jenayah yg berat..tahu apa akibat..maka demi utk selesaikan tiap tiap hal ini..hanya kuasa Krjn M’sia tanpa memihak pada apa pun politik yg ada dan akibat PRU14.. mereka telah hilang segalanya…maka atas dasar PN Krjn Persekutuan M’sia ..pihak pegawai tertinggi Krjn M’sia berhak melaksanakan tugas kerja yg sewajarnya selari tiap akta perundangan termaktub negara m’sia..mereka mereka ini harus disedarkan semula akan tiap undang undang terkait boleh didakwa jikalau bersabit bukti bukti kukuh..tiada lagi istilah untouchable..all can touch and seal back..hal umno mahu geng siapa pun..itu hal mereka..sebab nothing must hidden in dark again..kau tahu tak..seawal lagi PPBM telah bersedia..malah masa tuu..siap pesan pada Warisan dan Upko..anything happen just be with🌺…sayang sekali..pabila kira fikir balik..kasihannya parti PPBM🌺 kami amat teraniaya menjadi parti yg di tipu oleh angkara subahat sesama mereka rupanya..jadi paling tak boleh diterima apabila YDPA (Kelantan turut berkianat terhadap kami🌺PPBM M’sia..anna bukan org bengap tak tahu apa pun..bukankah dah kata..Tun M back..be PM 7 also made made back to claim back putrajaya..apa guna bendera Bunga Raya..jikalau tak faham maksud sebaliknya..tak guna be melayu .yg tak faham makna sifat melayu sebenarnya..pada anna lagi bagus kenyataan nie dinyatakan skrg..jadi memudahkan kerja msg msg..dan dgn segera jugak anna dapat balik My💖Bapak ku Tun M..anna bosanlah apabila apa yg telah diusahakan dgn susah payah..mudah mudah yg jahat perangai bikin rosak..ini kali they must know.. Don’t touch Mything that i have done.. siapa bikin rosak..tarak ampun..andai bukan anna yg membalas nescaya Alam yg akan ikutinya..yg lain akan mengajar pula..ttg Dap..PKR..Warisan mahupun Upko atau PAN..apalagi toksidcovidtitok si Najib Razak …kita lihat aja..hingga masa itu tiba..😁

    AnnaAriff1972😁

    Liked by 2 people

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.