DAP Sabah Tidak Lagi Guna Logo Warisan

Baru saja semalam admin menulis secara sinis pasal slogan Sabah ubah atau Sabah for Sabahan yang didendangkan oleh Parti Warisan sejak pilihan raya umum 2018. Ia susulan laporan SPRM yang dibuat oleh Wira Warisan ke atas Adun Sebatik yang meninggalkan Warisan dan menyokong kerajaan GRS atau Perikatan Nasional.

Admin katakan sepatutnya sebelum Wira-Wira itu membuat laporan SPRM sebaiknya mereka terlebih dahulu memandang cermin dan kenang balik apa yang telah berlaku sebelum kerajaan Warisan terbentuk, dalam masa yang sama berfikir bagaimana untuk menutup propaganda yang satu pun tidak terbukti benar. Seperti contoh kenapa Warisan boleh bekerjasama dengan DAP sedangkan dua parti ini mempunyai slogan yang bertentangan. Warisan dengan slogan Sabah Ubah atau Sabah Sabahan manakala DAP Malaysian Malaysia.

Lebih kurang begitulah.

Hari ini terpampang di dada akhbar berbahasa Inggeris. DAP may not use Warisan logo.

Apa cerita awal-awal lagi DAP Sabah telah menyatakan pendirian bahwa mereka mungkin tidak lagi menggunakan logo Warisan ketika menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Adalah sebab politiknya tu mungkin juga DAP telah menyedari yang Warisan tidak lagi diterima oleh pengundi Bumiputera. So bekerjasama dengan Warisan hanyalah merugikan DAP sebaliknya menguntungkan Warisan yang sudah tentu akan mengambil kira jumlah kerusi yang akan dimenangi bagi membuat keputusan bersama.

Hasrat parti DAP Sabah untuk bertanding lebih banyak Kerusi Parlimen di PRU akan datang adalah juga sebab kenapa DAP semacam tidak lagi mahu meneruskan kerjasama secara serius dengan Parti Warisan.

Habis itu bagaimanalah dengan hasrat Warisan untuk bertapak di Semenanjung tu kalau pengundi Cina beransur ansur menjauhkan diri.

Yang pastinya DAP tu bukannya parti yang bodoh sanggup tunduk pada parti yang baru berumur setahun jagung.

Untuk kesekian kalinya bersyukurlah kamu wahai rakyat Sabah kerana telah berjaya menafikan kerjasama Warisan dan DAP melalui Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

2 comments

  1. Hallo.. kawan yg baik..maaf yeaa..jikalau lama tidak respon jawab jawab sebahagian artikel anda..anna baru aja gazet kerja semula outside of zone house.. now new work do..anna jual motosikal kat kedai ..andai FB Soon Huat Motor.. anna kat kedai Soon Huat Motor Setia Taipan..well..ada kawan kawan mahu beli motosikal baru cash atau hutang..info aja kat no 019-5168879 ..ini hotline anna..kau juga boleh whatsapp anna..kita be open each others.. ada baca hal hal baru yg kau beri..mcm kat sini juga .dan pihak warisan pun terjangkit cara Dap&PKR solution agg ttg saman menyaman ini..cuba fikir jikalau cara begini dipraktikkan tiap parti..anna rasa sesiapa pun patut bertanya syarat terma sebelum setuju jadi ahli parti atau tanding PRU@PRK..sebab bila hal pergi ke lain yg lebih diyakini utk mereka maka keluarlah surat akujanji bodoh ini..yg mungkin tidak pun msg msg tahu ia wujud ada..dah lama lihat hal ini..selalunya PKR lah pemula benda karut nie ..dah tu Dap pun ikut bengap (maklumlah totok anwar ibrahim)..sekiranya kita expert hal undang undang..nescaya kita boleh lawan balik hal hal ini..kerana apa yg pihak parti Dap serta PKR buat ..ia tidak digazetkan utk dimuktamad dikuatkuasakan hal hal tersebut pada akta perundangan m’sia..jadi buat apa cari maut..lagipun selagi manusia ITU waras akalnya..selagi ITU berbagai kerenahnya..Oh..kawan pedulikan mereka..jgn kacau ganggu GRS PNPPBM serta yg lain..perlu tahu..masa depan kita semua lebih penting ..walaupun Sabah Sarawak Labuan dipisahkan lautan luas..kpd kawan yg baik ini..semoga kita kekal terbaik together.. jgn lupa promosi jual motor anna yeaa..andai punya masa ada ke s’gor..alamat anna..jalan setia gemilang seksyen U13 Setia Alam..lagi seronok jika dapat kenal lebih real lagi..maklumkan pada Abg Hajiji yeaa..mau beli motor..ini kali Dealer Honda boleh arrange …semoga ceria selalu dan jgn lupa daftar nama utk vaksin covid19 ..πŸ˜†

    AnnaAriff1972πŸŒΊπŸ’–πŸπŸ˜Š

    Liked by 2 people

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.