Dua Ahli Parlimen PKR Sarawak Keluar Menyokong Kerajaan Perikatan Nasional

Perkembangan yang menarik dan menguntungkan kerajaan Perikatan Nasional secara umumnya. Walaupun ada satu parti dalam gabungan ini yang tidak berpuas hati, sudah tentu.

Itulah, nampaknya perbuatan mereka yang suka mengada-ngada supaya sentiasa dipandang abang besar telah berjaya menyampahkan pemimpin pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Kalau mereka kata pemimpin ini busuk. Maka sebusuk busuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak tidak akan keluar semata-mata untuk menyokong UMNO. Jadi cukup cukuplah membuat provokasi tu, perkukuhkan saja Perikatan Nasional. Ingat parti apapun yang bertanding seandainya Sabah dan Sarawak tidak memihak mereka maka mustahil parti itu membentuk kerajaan Persekutuan.

Bahawa perkembangan yang dimaksudkan ialah dua ahli Parlimen dari parti PKR iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Eng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon telah bertindak meninggalkan parti PKR dan menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Alhamdulillah seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sokongan ini sudah tentu akan mengukuhkan lagi Kerajaan Perikatan Nasional dalam usaha dan merancang untuk mengurus Pendemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara.

Dua tiga hari lepas politik Sabah juga bergegar bila mana Adun Sebatik yang mewakili Parti Warisan bertindak keluar parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Bukan kaling-kaling selepas ini ada dua atau tiga yang menyusul, menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Untuk apa menjadi Wakil Rakyat kalau kepercayaan yang diberikan oleh rakyat atau pengundi tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka. Hakikatnya rakyat yang mengundi mereka pada waktu itu berharap sekiranya calon yang mereka undi menjadi kerajaan.

Sebagai rakyat sedarlah, kita sudah berada di tahun 2021. Tirulah bagaimana rakyat negara maju berpolitik mereka tidak kepartian yang mereka nilai ialah kesungguhan wakil rakyat mereka didalam membela penyokongnya. Sebab itulah mereka menjadi rakyat negara maju. Lalu kamu tengok pula kumpulan masyarakat yang sehingga hari ini kepartian tidak kah mereka hanya mampu meratapi sejarah yang sudah berlalu. Sehingga hayat mereka mati dalam perjuangan tetapi kaduk naik junjung yang bersenang-lenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.