Betulkah Warisan Tidak Terkesan Selepas Adun Sebatik Keluar Parti?

Sudah tentu bila Adun Sebatik keluar daripada parti Warisan dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor selaku peneraju kerajaan GRS. Menyebabkan kekuatan Warisan berkurangan tidak kiralah di peringkat mana sekalipun.

Itu secara logiknya kerana kuantiti sudah berkurangan.

Tapi kalau menurut Adun Merotai si Saripuddin itu tidak mendatangkan kesan pada mereka. Betul kah tidak oh!

Kalau kita amati alasan Adun Sebatik kenapa dia meninggalkan Parti Warisan jelas ia merujuk kepada kelemahan kepimpinan parti Warisan didalam membela nasib rakyat khususnya di kawasan mereka. Baca link dibawah.

Adun Sebatik Meninggalkan Warisan

Tidak kah alasan yang diberikan oleh Adun Sebatik itu menunjukkan mereka selaku Wakil Rakyat tidak lagi berkemampuan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana faktor kekangan kewangan dan faktor kepimpinan Warisan yang hanya sibuk berpolitik. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat benar-benar terkesan akibat pendemik Covid-19 yang menjurus kepada kelangsungan hidup mereka sekaligus menuntut pembelaan daripada Wakil-wakil Rakyat mereka.

Jadi di mana logiknya alasan ADUN Merotai berkenaan. Lainlah kalau pengundi dikawasan mereka memang tidak ada rasa malu pada diri dan kerajaan yang sentiasa menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa.

Seperti yang berlaku pada pilihan raya umum yang lepas, kerajaan semasa giat memutihkan pendatang asing tanpa izin hingga memiliki keterangan diri atau MyKad. Tapi yang diundi ialah calon daripada Warisan. Nah jangan mereka ulang kebodohan tu, jangan sampai ada yang jemu membuat kebajikan kerana merasakan usaha mereka ditertawakan daripada belakang oleh golongan yang tidak sedar diri atau mudah lupa diri.

Jangan main-main dunia sudah berubah di negara maju masyarakat tempatan mula mempersoalkan keberadaan mereka berbanding masyarakat bekas pendatang hingga ada yang mencadangkan sekiranya kelayakan mereka dikurangkan atau keterangan diri mereka ditarik balik.

Alah dibanyak negara seperti contoh Indonesia. Orang dari utara Indonesia bukannya senang senang boleh bermastautin di selatan Indonesia, apalagi terlibat dalam politik daerah. Silap hari bulan terjadi peperangan suku tu hanya menunggu saat dan ketikanya. Tersentuh sikit mulai tu marak macam api yang menyambar.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: