Presiden UMNO Yang Minta Supaya Muafakat Nasional Tidak Didaftarkan

Benarlah bahawa sebahagian besar pemimpin pemimpin UMNO sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku terhadap parti mereka dan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin utama mereka.

Hingga dalam hal melibatkan kerja sama demi kelangsungan UMNO pun mereka tidak tahu tetapi saban hari mendesak sekiranya UMNO bercerai dengan PAS dalam Muafakat Nasional. Begitu juga desakan agar UMNO berpisah dengan Parti Bersatu.

Baru-baru ini kita terbaca beberapa sebab atau alasan kenapa Muafakat Nasional tidak boleh didaftarkan sebagai pertubuhan yang rasmi. Antaranya kerana nama Muafakat Nasional telah digunakan. Kita juga mendengar alasan kononnya kerana PAS telah berkerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional justeru itu tidak boleh lagi menubuhkan Muafakat Nasional.

Namun ternyata semua alasan itu tidak ada kebenarannya.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung BN, Annuar Musa. Presiden UMNO Zahid Hamidi yang meminta agar jawatankuasa perunding tidak mendaftarkan Muafakat Nasional. Begitu juga dengan Timbalan Presiden UMNO Muhammad Hassan turut menyarankan agar Muafakat Nasional tidak didaftarkan sebagai sebuah organisasi atau parti politik.

Begitulah kesimpulan dari penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung BN yang juga ahli jawatankuasa Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.

So apa yang kita dapat simpulkan, rupanya ada pihak dari dalaman UMNO yang tidak berpuas hati pada keutuhan Perikatan Nasional dalam masa yang sama ingin meneutralkan No DAP no Anwar.


Selepas ini apalah agaknya penerimaan pemimpin-pemimpin PAS terhadap Muafakat Nasional. Tidak merasa diperlekehkan kah? Yalah sebahagian penyokong UMNO percaya yang UMNO boleh bangkit melalui Muafakat Nasional, tetapi pada pandangan pemimpin UMNO ia tidaklah menguntungkan sangat justeru itu tidak perlu didaftarkan.

Selama ini kita ingat kenyataan dari beberapa pemimpin kecil UMNO berhubung Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ada asasnya, rupanya itu hanyalah pendapat peribadi yang tidak disokong atau diizinkan oleh kepemimpinan tertinggi mereka.

One thought on “Presiden UMNO Yang Minta Supaya Muafakat Nasional Tidak Didaftarkan

Add yours

  1. terima kasih kawan..sebenarnya MN itu bagus cara maksudnya..namun ia tak boleh diangkat sebagai satu kuasa tunggal dalam syarat terma persekutuan m’sia..gini..pemimpin kita terdahulu..almarhum TAR ..apakah cara politik nya..parti kapal layar..Perikatan parti politik yg ada MCA dan MIC..selusuri sejarah..yg pegang kuasa merdeka adalah Perikatan yg almarhum TAR ..jikalau kita teliti semula…umno hanya celah sekadar dari Hussin Onn..yg buat Umno adalah Tun Razak..yg inilah yg mengajak TAR bergabung sebagai parti teras melayu yg besar..ini pemati cerita ..lalu timbul nama BN ..tapi terajunya Umno serta yg lain..bahagian ini yg jadi trick or treats..kerana negara πŸ‡ΊπŸ‡Έ ..dinamakan persekuruan m’sia..grand old lady..tak terfikir kenapa tiada ahli ahli parti BN (the real one) sebaliknya ia himpunan gabungan besar parti parti dlm negara ini..syarat yg tidak boleh di tukar cara sewenang wenangnya..sebab tu almarhum TAR rasa marah dan tidak puas hati..hingga di niatkan olehnya bahawa kita (melayu) tetap kekal lebih kuasa apabila berjaya penuhi syarat terma..ini yg punca risau org org terdahulu..org org tok nek kita..apa nasib anak cucu jikalau yg diusahakan sebuah krjn serba elok urus jaga nya nanti..apa lagi negara ini yg statusnya sebagai negara Islam.. andainya di antara kita..adalah dari yg terdahulu..anna adalah dari yg silam..La unsur purbakala….kemelut politik yg berlaku serta kalangan masyarakat m’sia ..kita seolah berada dalam satu jampi ..arah kita tak dapat disatukan (melayu)namun kita menyatu apabila satu terbangkit..well..balik dunia kita skrg..andainya pihak umno yg tidak mahu MN didaftarkan..tidak mengapalah….Pas masih boleh gunapakai MN yg kita boleh kumpulkan parti parti politik melayu sebagai satu tempat khusus perihal melayu bangsa mencorak arah tuju ..apa up lagi baik agar melayu juga..mcm bangsa lain..kita tetap dalam setara bagus mcm mereka..tak mahukah..be the greater melayu dunia..lagipun bukankah taukeh MN itu ahli umno pasir salak ..si Tajuddin tu..pada anna apabila PN mahu didaftarkan ..bekeras ia mesti didaftarkan..anna dah tahu toksik umno..cuma kita kan manusia..anna BN🐝🌺…iya sememangnya nak lihat jugak bagaimana toksik tu boleh settel problem mereka..anna pun dah beritahu Pas ..just 🐝with me..selamat sejahtera dan MN tetap akan diusahakan dgn lebih rare lagi..dan ini sekadar utk Luin tahu..pihak Pas pun dah lama tunggu kitaorg 🌺 balik ..selamatkan mereka 😁 hakikatnya kita manusia..kepala kepala politik..sama tara otai nya..cuma org mahathir mahu dilawan..😊 we are undefeted like master M..Layaaannn..ja

    Annaariff1972πŸŒΊπŸπŸ‡ΊπŸ‡ΈπŸ’―πŸ’–πŸ˜ŠπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ­πŸŒŸ

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: