Zoo Negara Desak Panda Najib Di Hantar Balik Ke China – Membazir

XING XING dan Liang Liang, dua ekor panda gergasi berusia 16 tahun di Zoo Negara dipinjamkan China tidak sepatutnya tinggal terus di negara ini selepas kontrak pinjaman tamat pada 2024 disebabkan kemungkinan wujudnya masalah umur, cadang pengurusan zoo.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Amat Lana berkata masa pinjaman boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun lagi atau paling banyak lima tahun selepas 2024 apabila kedua-dua panda berusia 18 tahun.


Untuk makluman dan seperti yang dilaporkan sebelum ini. Perbelanjaan mengurus tiga ekor panda itu menelan belanja sehingga RM11.6 juta sejak 2014. Cuba pula kira perbelanjaan dari 2015 hingga 2020 berapa sudah tu?

Manakala yuran one off bagi mendapatkan tiga Panda itu ialah sebanyak RM2.5 juta.

Itulah Najib dari mengurus negara hingga ke makhluk yang bergelar binatang semuanya dia lakukan sesuka hatinya seolah olah Malaysia ini bapa dia punya πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž

Kamu orang tahukah matlamat asal Najib membawa Panda itu ke Malaysia adalah untuk membodek kerajaan Komunis China. Supaya melabur sekaligus dapat menutup kerugian yang dialami oleh 1MDB. Rasanya ini semua idea kluster 1MDB termasuklah Jho Low. Betul tak?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: