Penyertaan Pemimpin dan Ahli Warisan Bukan Propaganda

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah menafikan penyertaan beramai-ramai ahli Parti Warisan dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah ke dalam BERSATU sebagai propaganda politik.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyertai mereka adalah secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

“Ahli-ahli parti Warisan dan komponen PH Sabah yang lain memilih BERSATU kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Warisan dan juga kepimpinan Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

“Tidak berbangkit soal penyertaan beramai-ramai ahli Warisan ke dalam BERSATU sebagai propaganda politik seperti yang didakwa oleh Warisan. Ini adalah tidak benar”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penerimaan kemasukan ahli Warisan diketuai oleh Haji Hussein Pg Ibnu Hassan di perkarangan rumahnya di Kg Jaya Baru, semalam.

Hussein mengetuai lebih 2000 ahli Warisan mengisytiharkan keluar parti tu dan menyertai BERSATU. Mereka terdiri daripada ahli-ahli Warisan daripada lebih 70 cawangan Warisan.

“Hari ini di Kunak sahaja, BERSATU menerima penyertai beribu orang pemimpin dan ahli Warisan. Mereka secara sukarela meninggalkan Warisan untuk menyokong dan menyertai BERSATU. Ini bukan propaganda atau gimik politik.

“Ini (ahli-ahli Warisan sertai BERSATU) adalah kenyataan dan bukan rekaan. Kita tidak perlu buat gimik dan propaganda, kerana BERSATU semakin mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat Sabah”, tegasnya.

Hajiji berkata, ahli-ahli Warisan dan parti komponen PH Sabah yang lain bukan sahaja menyertai BERSATU, malah juga parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, rakyat kini telah sedar bahawa pada PRU 14 lalu, mereka tersalah ubah dan kini mereka mahu ubah balik dan memberikan sokongan kepada BERSATU dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Rakyat mahukan perubahan dan mahukan sebuah Kerajaan yang mempunyai hubungan baik, sehaluan dan selari dengan Kerajaan Persekutuan”, tegasnya.

Sempena Hari Kemerdekaan, Hajiji mengajak rakyat Sabah agar terus teguh dan bersatu pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang dikecapi.

Katanya, rakyat perlu bersyukur kerana dapat menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana yang aman, damai dan sejahtera.

“Kita tidak mengiktiraf sama sekali sebarang tuntutan oleh negara Filipina keatas Sabah. Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka.

“Isu tuntutan keatas Sabah sepatutnya tidak berbangkit atau timbul semula. Kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah sehingga titis darah terakhir.”, tegasnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata, Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah.

Katanya, Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam pasport… saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia… Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka,” kata Muhyiddin.

Terdahulu Hajiji menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin, ahli dan jentera BERSATU di perkarangan rumah Haji Husin Rais di pekan Kunak.

Pada Ahad Hajiji menghadiri majlis bersama pemimpin, jentera dan ahli BERSATU Bahagian Silam di Lahad Datu.

Turut hadir dalam siri jelajah bersama Hajiji ke Pantai Timur Sabah ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Haji Abdul Hakim Haji Gulam Hassan yang juga Ketua BERSATU Bahagian Silam, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ketua BERSATU Bahagian Semporna, Haji Mohd Daud Tampokong, Exco Srikandi Nasional, Puan Mizma Apphedullah yang juga Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Silam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.