Shafie Berbohong Demi Kekal Di Tampuk Kuasa

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal semakin terdesak apabila sanggup menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan yang tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa.

Menerusi ucapan ketika berkempen baru-baru ini, Shafie tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar, selain sanggup memanipulasi isu perkauman untuk mengelirukan masyarakat.

Menyebarkan berita palsu kini sudah menjadi ‘resam’ baharu kepada Warisan.

Baru-baru ini, Shafie menuduh bahawa pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.

Terang lagi bersuluh, niat Shafie itu amat meragukan kerana sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar bahawa tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada YS tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga.

Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ketiga untuk mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan yang dilesenkan secara kontrak.

Saya beranggapan mungkin bagi sesetengah ahli politik, berita palsu, penipuan, kempen kotor dan pembunuhan karakter adalah satu-satunya jalan untuk mereka dilantik.

Apa motif Shafie apabila beliau membuat tuduhan, kononnya segelintir komuniti dijadikan ‘anak emas’ oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini dalam hal berkaitan pemberian tanah.

Semua ucapannya tidak lebih daripada sekadar retorik politik yang disulam pelbagai kenyataan ralat bersandarkan propaganda. Seseorang tidak boleh dipersalahkan sekiranya beranggapan bahawa ucapan Shafie sarat dengan elemen perkauman.

Tidak banyak kejayaan yang ditempa Warisan sejak mereka secara tidak berperlembagaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan yang dibentuk selari perundangan, pasca PRU-14. Dengan hanya berbekalkan pertumbuhan KDNK berkadar 0.5% (terendah di Malaysia untuk 2019), Shafie dan barisan menterinya tampak gembira tatkala menghabiskan masa menghadiri keramaian dan majlis potong reben untuk merasmikan projek serta program yang dirintis pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Sekurang-kurangnya Warisan pakar dalam hal mengumumkan projek bernilai berbilion ringgit yang sehingga kini langsung tidak nampak bayang.

Harus saya katakan, KPI Warisan dalam menabur janji kosong dan menyebarkan berita palsu semakin menjadi-jadi, tetapi saya risau dengan nasib Sabah sekiranya ini saja yang mampu ditawarkan.

Tan Sri Musa Haji Aman,
Kota Kinabalu,
2 September 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.