Untuk Ogos PPBM Sabah Tambah 27K Ahli Baru Dari Pelbagai Parti

Dalam bulan Ogos saja PPBM/Bersatu Sabah telah berjaya menambah keahlian yang berasal dari parti Warisan, PKR, UMNO, UPKO dan lain lain parti sebanyak lebih kurang 27,417 orang.

Seluruh Daerah

Pada 08 Ogos 2020 seramai 10,880 ahli dari pelbagai parti dari seluruh daerah di negeri Sabah telah keluar dan menyertai PPBM/Bersatu Sabah. Alhamdulillah!

20 Ogos 2020 seramai 230 ahli Warisan Tuaran keluar dan bertindak menyertai PPBM Sabah.

Penampang

Mula mula pada 28 Ogos 2020 seramai 57 ahli daripada UPKO menyertai Bersatu Sabah. Majlis kemasukan diraikan sendiri oleh Ketua Pimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor di Pejabat Bersatu Bahagian Penampang.

Sandakan

Seterusnya pada 29hb Ogos seramai 5550 dari Zone 5 Sandakan yang melibatkan pelbagai parti termasuk daripada UMNO menyertai Bersatu Sabah. Kemasukan mereka diraikan sendiri oleh presiden PPBM Malaysia dan Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor.

29 Ogos bekas Ketua Kampung Simunul dan ayah kepada Ketua Kampung Bangau-Bangau, Semporna berserta 5000 ahli Warisan keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Lahad Datu

30 Ogos 2020 seramai 700 ahli Warisan Lahad Datu meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu Sabah. Majlis di raikan oleh Ketua Kepimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Kunak

Hari yang sama 30 Ogos seramai 3000 ahli Warisan Kunak keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Tawau

Juga pada 30 Ogos seramai 2000 ahli Warisan Kalabakan keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Hidup biar bermaruah dua setengah tahun Warisan gagal menunaikan impian rakyat Sabah, tak kan bertahan.

Mari menyokong dan berjuang bersama PPBM/Bersatu Sabah.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: