
Pihak mana sebenarnya yang cuba diingatkan oleh Adun Kapayan, Jannie Lasimbang itu ya.
Jannie Lasimbang seperti yang tertulis pada satu portal berita. Mengingatkan anak muda supaya tidak terpedaya dengan sentimen yang dimainkan oleh pihak yang mendakwa kerajaan Warisan gagal mentadbir negeri Sabah.
Lepas itu dia suruh rakyat Sabah lihat dan nilai kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Warisan pada dua tahun yang lepas.
Adakah yang dia maksudkan sekiranya anak muda Sabahan tidak menyokong Parti Warisan maka mereka tidak cerdik menilai sentimen yang dimainkan oleh pihaknya. Begitu kah?
Sebab pada hakikatnya apa yang dirasakan oleh rakyat Sabah adalah sebaliknya tiada apa yang berubah sejak Parti Warisan menjadi kerajaan negeri.
Justeru anak muda negeri ini tidak akan mudah terpedaya buat kali yang kedua. Walaupun tempoh yang diberikan cukup sesuai untuk merangka pembangunan atau membantu masyarakat Sabah yang memerlukan.
Dua tahun adalah tempoh masa yang cukup andai benar Sabah For Sabahan dan Sabah Ubah direalisasikan. Malangnya Warisan hanya sibuk memperkenalkan keterangan diri PSS tetapi bila kerajaan pusat melihat lambakan pendatang asing tanpa izin dari sudut kemanusiaan. Boleh pula Warisan menghalangnya, pelik bukan? tampak sangat Shafie telah menjadi alat kepada KDMR Warisan yang anti keturunan Bajau Suluk.
Hari ini bila masyarakat Bajau Suluk menolak parti Warisan. KDMR pro Warisan mulai risau kerana mereka tahu Shafie tidak ada harga tanpa sokongan daripada Bajau Suluk.
Justeru itulah sejak kebelakangan ini kita banyak mendengar kata aluan agar mereka yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis supaya berkerjasama dengan mereka dalam parti Warisan. Lucu kan? Selepas hak keturunan dinafikan dihina dan akhirnyaberjaya, hari ini sibuk memujuk hati yang kecewa. Hahaha!
Kenapa admin katakan tempoh dua tahun lebih cukup bagi parti yang kononnya memperjuangkan Sabah Ubah ialah kerana cuba bayangkan permohonan tanah yang memerlukan tempoh yang begitu lama untuk diluluskan tapi kerajaan sementara Warisan boleh menyiapkannya dalam hanya tempoh seminggu dua. Hahaha! (Nampak benar yang meluluskan permohonan tanah ataupun geran yang disampaikan oleh Presiden Warisan baru baru ini adalah hasil usaha kerajaan terdahulu, BN)
(Di Pahang ladang haram yang dijadikan ladang durian king sudah berpuluh tahun tahun diusahakan tapi sehingga hari ini pemiliknya belum memegang geran tanah. Membuktikan proses permohonan tanah memerlukan tempoh yang cukup lama walaupun akhirnya akan diluluskan)
Mana kemajuan yang dimaksudkan oleh Jannie Lasimbang yang boleh dilihat dan dinilai itu supaya anak Sabahan tidak terpedaya?
Mana peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh parti Warisan semasa berkempen di PRU yang lepas?
Mana janji ladang Felda yang ada di Sabah akan diagih-agihkan pada rakyat Sabah?
Mana janji sistem kabotaj akan dihapuskan sekiranya Warisan menjadi kerajaan negeri?
Mana projek mega yang diumumkan oleh kerajaan Warisan?
Kalau setakat menghadiahkan meja Ping Pong dan peralatan sukan lain. Tidak usahlah dijadikan asas hingga menuntut anak muda Sabahan supaya menyokong Warisan. Setakat itu mereka boleh belilah.
Kalau sekadar melawat kilang atau perusahan yang dibina sejak kerajaan BN yang lalu. Tidak usahlah dibanggakan bukan kebaikan yang kamu dapat tapi perlecehan dari rakyat Sabah. Apa mereka kata, dari awal hingga akhir kerajaan Warisan hanya mampu merasmikan prasarana yang sudah siap dan melawat perusahaan orang lain tarak. Geran tanah yang diberikan pun adalah sebenarnya hasil usaha kerajaan Musa Aman sebelum ini.
Tangkapan oleh SPRM keatas wakil rakyat dan kakitangan dari Parti Warisan kerana salah guna kuasa atau rasuah, iya tidak dinafikan memang ada. Tapi ini bukan kemajuan tapi malapetaka kepada rakyat Sabah. He!
Jadi jika diterbalikkan, benarlah suruhan Adun itu bahawa jangan sesekali anak muda Sabahan terpedaya oleh sentimen atau propaganda yang dimainkan oleh Parti Warisan itu semua adalah auta besi buruk wakil rakyat dan jentera Warisan.
Terima kasih Jannie Lasimbang.
Tinggalkan Jawapan