
Saja duduk lepak di kerusi yang disediakan sambil pekena Terea.
Disana ada pasangan suami isteri yang bekerja sebagai tukang urat sembilan.
Semasa kami bersembang dia maklumkan sekaligus bertanya. Katanya ada video viral yang mendakwa Ketua Menteri Hajiji Noor dimarah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Betul ke tu ah?
Lama sebelum ini dia pernah maklumkan pada PRU 2018 mereka mengundi Darell Leiking Penampang. Tapi setelah itu urusannya tidak dilayan walaupun puas turun naik tangga. Satu lagi semasa kerajaan Warisan keadaan Sabah tidak stabil.
Bukan cerita itu yang saya mau angkat.
Tapi pasal kuasa viral yang giat dijalankan oleh pemimpin dan badut Warisan. Cipta cerita bohong dan fitnah lepas itu diviralkan ke atas Ketua Menteri Hajiji Noor dan kerajaan GRS.
Saya sangat maklumk video yang mereka tonton itu, adalah video fitnah atau fitnah yang disebarkan oleh badut Warisan.
Iaitu kenyataan Presiden PKR Anwar semasa berucap di Himpunan PKR Sabah yang berlangsung di SICC Kota Kinabalu.
Sebenarnya yang dimarah kaw kaw dan diingatkan oleh Perdana Menteri Anwar dalam ucapannya ialah Presiden Warisan Shafie Apdal dan beberapa perkara ditujukan pada Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar.
Makanya Shafie Apdal tidak hadir di perhimpunan berkenaan yang nampak sudah tentu Ketua GRS Sabah Hajiji Noor serta Bung Mokhtar dari UMNO.
Shafie tidak nampak batang hidung.
Shafie dibalun kaw kaw sebab semasa memegang jawatan Menteri KKLW mahupun Ketua Menteri Sabah, dia tidak menyelesaikan isu, membuat, memudahkan rakyat sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Sabah.
Sebaliknya Shafie sanggup mengadakan pilihan raya negeri 2020 walaupun ada ancaman Covid 19.
Ketika menjadi pemimpn UMNO Malaysia, Shafie tidak menyokong cadangan royalti minyak 20%.
Shafie Kantoi Pembohong Besar, Tolak Royalti Minyak Cadangan Anwar
Sama ketika berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah, juga tidak melakukan apa apa untuk rakyat Sabah.
Cukai Petroleum yang di klaim dimulai oleh kerajaan Warisan adalah juga pembohongan Shafie. Hakikatnya Sarawak adalah negeri yang pertama menuntut cukai Petroleum dari kerajaan persekutuan. Seperti link dibawah.
Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?
Sebaliknya kerajaan GRS yang tidak beretorik berjaya menuntut cukai Petroleum.Â
Sabah Mulai Terima Bayaran 5% Cukai Produk Petroleum – KM Hajiji
Tidak hairan kenapa menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, kerajaan Warisan takut mengemukan tuntutan elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.
Shafie Gagal Tunjuk Bukti Kejayaan Warisan Setelah Dicabar Oleh KM Hajiji
Jannie Lasimbang Minta Anak Muda Nilai Kemajuan Yang Dicapai Oleh Warisan. Mana?
Tapi hari ini bila tidak lagi berkuasa Shafie berlagak hero perjanjian Malaysia 1963.
Anwar juga dalam ucapannya menyatakan dalam dua tahun lebih Shafie hanya sibuk mengurus balak.
Sedangkan waktu itu Sabah masih berhadapan dengan kerosakan jalan raya, bekalan air yang tidak menentu dan gangguan letrik.
PM Anwar mengingatkan ahli PKR bahwa dia tahu skandal Shafie.
Justeru PM Anwar mengingatkan kalau berkawan buat cara berkawan, jaga adab.
Atau untuk lebih detail, klik link dibawah. Kamu dengar sendiri ucapan penuh yang berdiri sebagai Presiden PKR dihadapan ahli dan penyokong PKR Sabah.
Anwar Ibrahim Balun Shafie Apdal Kaw kaw, Dua Tahun Lebih Tidak Buat Apa (Video)






















Leave a Reply