Iya betul baru-baru Ketua Penerangan Warisan Yusof Yacob telah membidas gesaan Menteri Wilayah Annuar Musa berhubung pembelian Hotel di Australia pada tahun 2012.
Annuar Musa sebelum ini menyokong gesaan Ahli Parlimen PKR dan DAP agar SPRM melanjutkan siasatan berhubung pembelian aset MARA Hotel di Australia.
Annuar Musa Gesa Siasatan Beli Aset MARA Di Australia
Mukhriz Bongkar Skandal MARA Di Australia
Dimaklumkan pembelian aset itu membabitkan tiga individu dari Parti Warisan ialah Shafie Apdal, Yusof Yacob sendiri dan mantan Ahli Parlimen Semporna, Lan Alani. Mereka ketika itu masing-masing berjawatan dalam Kementerian KKLW dan agensi dibawahnya.
Yusof Yacob dalam kenyataan balasnya menafikan, mereka terlibat dalam pembelian aset berkenaan sebaliknya yang harus disiasat dan dipertanggungjawabkan ialah Najib Razak kerana pada waktu itu dia memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia yang meluluskan pembelian berkenaan.
Begitukah mentang-mentanglah Kementerian Kewangan yang meluluskan pembelian maka segala hal yang berunsur penyelewengan akan melibatkan Menteri Kewangan kah? Tidak semua tak kan semua.
Justeru itu SPRM telah membuka tiga kertas siasatan dan sudah tentulah skop siasatan itu nanti akan bertambah. Itu bererti bakal ada penemuan dan petunjuk baharu hingga memaksa SPRM mendakwa individu individu yang terbabit di Mahkamah.
Kita Tunggu dan lihat siapa yang kena.