Adun Yang Tinggalkan Warisan Adalah Pejuang dan Bermaruah

Sangat-sangat benar kenyataan bahawa mana-mana Wakil Rakyat atau Adun yang meninggalkan kerajaan Warisan adalah pejuang sebenar dan bermaruah kerana sanggup berkorban demi menyelamatkan rakyat Sabah dari kesulitan yang terus menghimpit.

Almaklumlah kerajaan Warisan yang ada pada hari ini penuh dengan skandal rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Bayangkan baru lebih kurang 22 bulan menjadi kerajaan negeri sudah ada dua atau tiga wakil rakyat dan kakitangannya disiasat oleh SPRM. Tiga lagi sedang disiasat oleh LHDN.

Ibarat buah yang walaupun belum ranum tapi dipetik dan diperap sampai masak biar semua menjadi milik mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah buah yang susah untuk di petik dan buruk. Kerajaan negeri apa lah tu.

Justeru itulah dakwaan kononnya ada pihak yang menawarkan sejumlah wang kepada Wakil-Wakil Rakyat untuk meninggalkan kerajaan Warisan hanyalah cerita dongeng semata-mata yang bertujuan untuk merosakkan reputasi pemimpin dan parti pembangkang di negeri Sabah. Seperti mana dakwaan Dr Jeffrey Kitingan

Hakikatnya Wakil Rakyat yang terbabit memang berniat untuk meninggalkan kerajaan Warisan atas kesedaran dan kerelaan mereka. Mereka juga memahami maksud jihad yang sebenar. Bilamana berhadapan dengan birokrasi yang akan menyusahkan masyarakat ramai khususnya golongan marhaen.

Dalam pada itu masyarakat boleh bermain spekulasi. Siapa tahu individu-individu yang mendatangi Wakil Rakyat untuk mengajak keluar dari kerajaan Warisan adalah jentera Warisan yang menyamar supaya pembangkang di negeri Sabah tidak lagi diyakini oleh pengundi. Betul tidak, masyarakat juga ada hak berspekulasi. Bos ini dunia politik bukannya berniaga kedai runcit.

Selain skandal yang kita sedia maklum seperti RISDA, Kementerian Infrastruktur Sabah dan Kementerian Pelancongan semasa dalam kerajaan PH. Ada lagi beberapa isu salah guna kuasa dan birokrasi tolol yang berlaku dalam kerajaan negeri Sabah.

Menurut sumber yang admin rujuk sepanjang dua tahun Shafie mengemudi Sabah tiada satu pun pembangunan baharu yang berjaya dibawa masuk ke Sabah. Sebaliknya pengangguran semakin meningkat, kadar KDNK menjunam, rakyat semakin susah, kualiti infrastruktur seperti jalan, jambatan elektrik dan air merosot.

Lantikan dikalangan kroni yang berasal dari Semporna ke jawatan tertentu terus berlaku walaupun ada diantara mereka yang tidak berkelayakan. Hal ini menyebabkan berlaku birokrasi tolol yang akhirnya merugikan rakyat Sabah.

5 Comments

  1. Kenapa mahu simpan hingga sekarang jika selama ini tahu mereka yang keluar dari warisan tidak bermaruah?.asal saja keluar parti dikatakan tidak bermaruah. Yang masih bertahan itu sebanyak mana maruahnya disisi allah@tuhan?.mungkin gelaran boleh dikembalikan kepada mereka kekal itu tidak bermaruah kerana terpalit dengan mereka yang dikatakan tidak bermaruah itu.

    Like

    Reply

  2. Rakyaat Sabah. Memerlukan kerajaan yang boleh mambantu rakyat. Dari segi pembangunan perkerjan Dan kebajikan. Bukan kerajaan berkepentingan diri sendiri. Sebab rakyat yang mengundi mereka. Ini baru dalam politik Sudah terlibat dengan makamah.

    Like

    Reply

  3. Tegar BN mana mahu ngaku kesalahannya. Sedangkan Pak Din dulu bersuara kerana masalah yang cam tu lah. Sungguh kasihan Ci Tegar BN ni.

    Masih nak pertahankan lagi.

    Yang salah tatap salah. Yang betul tatap betul.

    Yang salah kasih bicaralah biar kena.

    Like

    Reply

  4. Terlalu positif bah c Jalin ni. Sampai kefahaman tahap begitu. Psikologi tahap dewa kah gitu.

    Kan bagus, Warisan yang baru sudah sanggup diadili. Berbanding BN yang kebal sangat.

    Like

    Reply

    1. Bukannya BN ada kekabalan utk di adili…tpi memang pun tdk ada yg patut di adili berbanding dgn warisan..baru setahun jagung memerintah itu ini lah koplin rakyat dn itu lah yg kena siasat..takkan pokok bergoyang tanpa ditiup angin….tdk dinafikan bn punyai kelemahan dlm pentadbirannya namun warisan lebih teruk…itu lah keluhan mejoriti rakyat sabah..

      Like

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.