Adun Kapayan Disaman Oleh Anifah Aman

Jadi anak-anak Datuk Anifah Aman akan mengambil tindakan undang undang terhadap Adun Kapayan, Jannie Lasimbang ya. Habislah!

Betul lah tu, mana boleh selaku Wakil Rakyat membuat tuduhan yang tidak jelas. Tuduhan berlandaskan sangkakan buruknya semata mata. Mentang-mentanglah hubungan Persekutuan dengan Kerajaannegeri Warisan semakin hari semakin memburuk.

Ibaratnya Adun berkenaan berurusan dengan orang lain tapi orang lain pula yang dituduhnya. Tidak logik langsung. 

Sebelum ini Adun Kapayan ada membuat kenyataan yang prejudis di portal Borneo Today bahawa dia didatangi oleh agen politik yang menawarkan sejumlah wang agar dia meninggalkan parti DAP dan dia mendakwa agen itu adalah wakil Datuk Anifah Aman.

Memang kau kena lah kalau macam itu. Orang lain yang berurusan dengan kau orang lain pula yang kau salahkan.

Bayangkan pula Datuk Anifah Aman didatangi oleh individu tertentu untuk menawarkan sesuatu. Selepas itu dia membuat kenyataan di media bahawa dia didatangi oleh Lim Kit Siang. Agaknya apa yang akan dirasakan oleh pemimpin dan penyokong penyokong DAP?

Sepatutnya Wakil Wakil Rakyat yang pro parti Warisan tidak boleh terlalu berlagak kerana kerajaan negeri Warisan yang menjadi rumah mereka hari ini terbentuk melalui lompatan Wakil-Wakil Rakyat daripada BN.

Apa lagi dari konteks parti DAP dan Sabah banyak betul muslihatnya. DAP sebelum ini tampak menyokong agenda Sabah For Sabahan yang berkonsepkan Borneonisasi sedangkan agenda sebenar DAP ialah Malaysian Malaysia. Nampak benar bohongnya.

One Comment

  1. Makan semberang makan apa sahaja tidak ada orang yang menghalang. Tetapi kalau cakap semberangan cakap yang melibatkan martabat maruah seseorang. Jangan kita lupa bahawa manusia itu bukan tunggul yang berdiam diri tampa bertindak untuk menegakkan kebenaran.

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.