
Federal sedang mencari jalan penyelesaian supaya Sabah tidak selamanya berhadapan dengan lambakan pendatang asing tanpa izin PATI. Oleh kerana itu PN melalui Menteri Dalam Negeri telah memikirkan satu pendekatan iaitu sistem yang lebih efisien dipanggil Dokumen Tunggal. Berbanding PSS yang cuba dipraktikkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini namun mendapat tentangan dari masyarakat Sabah dan sebahagian besar pemegang pemegang dokumen IMM13.
Apa itu Dokumen Tunggal dan apa prosesnya yang akan digunapakai oleh kerajaan PN? Ia adalah satu bentuk dokumen baharu selepas dokumen IMM13, Burung-Burung dan Banci diproses menjadi satu dokumen yang sah di sisi undang-undang. Namun untuk peringkat awal yang menjadi keutamaan ialah dokumen IMM13. Manakala dokumen Burung-Burung dan Banci hanya diproses selepas pemilik dokumen ini dapat dikenalpasti.
Klik links dibawah didalamnya ada lagi link yang dapat menerangkan maksud yang berkaitan.
Warisan tongsampahkan permohonan dokumentasi
Ini bermaksud PATI yang tidak ada keterangan diri akan dihantar balik ke negara asal. Itupun jika negara asal menerima mereka. Selepas itu jika mereka berhasrat untuk berkerja di Sabah maka mereka wajib memiliki pasport yang sah dari negara asal.
Ia berbeza dengan PSS selain mengiktiraf IMM13, Burung-Burung dan Banci. PSS juga akan mendokumentasikan mereka yang langsung tidak ada keterangan diri. Pokoknya proses dokumentasi PSS dijalankan secara sambarono yang tidak ada keterangan diri pun diberikan PSS. Alasannya bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan mereka dan boleh diserap menjadi buruh kasar dalam sektor perladangan. Tanpa memikirkan implikasi lain seperti pertambahan penduduk yang mendadak dan kesan sampingan yang negatif.
Sebab itu amat amat tidak matang dan tidak wajar andai ada pihak yang cuba menggagalkan usaha kerajaan PN ini yang jelas bersistematik dan berhati hati sebelum meluluskan permohonan. Apa lagi sebenarnya memutihkan PATI adalah antara janji Warisan semasa berkempen di pilihanraya yang lepas yang gagal ditunaikan.
Hakikatnya parti apapun yang memerintah Sabah mereka tidak akan boleh sesuka hati menghantar balik PATI tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari negara asal dan yang paling penting tidak akan terlepas dari perhatian atau undang undang antarabangsa. Bayangkan Kerajaan Filipina yang tegas membenteras jenayah dadah pun mendapat teguran dari negara negara maju supaya jangan sesuka hati membunuh pengedar dadah. Sedangkan secara logiknya negara luar tidak ada hak mencampuri pentadbiran dalaman satu satu negara.
Justeru itu jugalah kejayaan kerajaan PN menghantar balik beribu PATI ke negara asal baru baru ini wajar diberikan pujian.
Seperti links dibawah.
Tapi itulah ada pula dikalangan Ketua Ketua Masyarakat atau Kampung KDM yang menolak jalan penyelesaian berkenaan. Entah apa yang mereka faham.
Yang memelikkan kenapa sebelum ini ketika PSS cuba diperkenalkan mereka diam seribu bahasa.
Sekarang baru kita faham kenapa isu lambakan PATI di Sabah tidak pernah selesai. Sebab rupanya orang tempatan sendiri tidak ikhlas dan mudah diperalatkan hingga perkara yang baik pun sukar untuk dilaksanakan.
Jadi pada Ketua ketua Masyarakat jangan kamu mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka tu hanyalah pihak yang telahpun gagal menangani PATI. Itu yang terpaksa mempersoalkan usaha Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya cuba kamu tanya kerajaan negeri sejauh mana sudah mereka berjaya mengekang atau menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di setiap daerah di negeri ini, begitu juga dengan tahap kemiskinan. Isu ini yang lebih penting dan menguntungkan komuniti yang ada dibawah anda daripada tidak sudah hanya menjadi alat kekuasaan. Itupun kalau dapat bertahan kalau esok esok kerajaan bertukar jawatan olok-olok itupun melayang.
Jangan menidakan takdir yang tersurat. Orang Afrika itu tidak ingin dilahirkan sebagai orang Eropah begitu juga sebaliknya.
PPBM (Bersatu) dan PN terbaik di Sabah
Salam kawan jika ada cerita terbaru mahu yg biasa atau pun panas sila hantar kn to rezcoment@yahoo.com
LikeLike