Tidak ada yang menawarkan Shafie ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ketika diwawancara oleh Wartawan Malaysiakini Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mendedahkan dengan penuh yakin dan jelas menyatakan bahawa dia pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beberapa minggu kerajaan Perikatan Nasional dibentuk melalui pesanan ringkas SMS. Namun konon atas nama perjuangan dia menolaknya dan kononnya lebih berminat untuk mengadakan kerjasama menerusi pendekatan kerajaan kepada kerajaan (G2G)
Pendedahan yang tragis membuat penyokong kerajaan PN lemah semangat. Seolah-olah mereka telah dipermainkan kerana dalam mereka beria-ia menyerang politik Warisan di Sabah rupanya dalam diam orang yang dikritik ditawarkan ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Namun ternyata itu hanyalah tipu muslihat Shafie bilamana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui kenyataan rasmi menafikan yang beliau pernah menawarkan jawatan itu kepada Shafie Apdal Presiden Parti Warisan.
Sudahlah sejak kebelakangan ini beberapa pemimpin Warisan dicari atau di siasat oleh SPRM kerana terbabit dalam skandal penyelewengan dana rakyat. Datang lagi hal baru yang mengaibkan dan sudah tentu akan menjejaskan lagi kredibiliti dan integriti Shafie selaku Presiden Parti Warisan yang mengetuai kerajaan negeri Sabah.
Entah muslihat apa gamaknya yang mahu dimainkan oleh Presiden Warisan Shafie Apdal itu.
Sebelum ini rakyat Malaysia dihiburkan bilamana Tun Mahathir menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak turut terhibur mendengar berita ini kerana pada mereka ia adalah sesuatu yang melucukan di abad ini.
Melawak…
Kau ada otak juga ka …. Kau ni buta ka apa???
LikeLike
Ya ke takda tawaran….???
Takda niat langsung nak membuat tawaran semasa calling-calling, ajak lompat, ikut dia….????
Jadi, apasal calling-calling ajak Shafie lompat. Mesti Shafie ada nilai.
Ya ke tak langsung afa niat nak tawar jawstan TPM kat Shafie….habis kenapa pelawa Shafie lompat atas angin….apa untungnya buat Shafie untuk lompat….???
Ajak orang lompat kosong, tanpa apa-apa ganjaran dari Muhyiddin, sungguh lucu bunyinya. Jangan-jangan Muhyiddun MELAWAK tak…….?
LikeLike