Fitnah Warisan PM Muhyiddin Yang Cadangkan PSS

Admin tidak kenal siapa penulis artikel yang ada dalam portal Borneotoday. Bertajuk Jefri dalam kerajaan jadi buktikan tindakan bukan sekadar kenyataan populis.

https://www.borneotoday.net/jeffrey-dalam-kerajaan-jadi-buktikan-tindakan-bukan-sekadar-kenyataan-populis/

Intipati tulisan itu ialah menolak dakwaan yang dibuat oleh Dr Jeffrey terhadap kerajaan negeri berhubung perlaksanaan Pas Sementara Sabah PSS.

Dimana Dr Jeffrey Kitingan mendakwa bahawa program Pas Sementara Sabah PSS diperkenalkan oleh kerajaan negeri Warisan. Namun dinafikan oleh penulis tidak dikenali berkenaan.

Sebaliknya dia mendakwa bahawa program Pas Sementara Sabah PSS diperkenalkan oleh mantan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekarang berjawatan Perdana Menteri Malaysia daripada PPBM.

Tuduhan yang sangat berat dilemparkan ke atas Perdana Menteri Malaysia. Namun admin yakin tuduhan ini bersifat fitnah semata-mata daripada penyokong Parti Warisan kerana kekecewaan mereka sebelum ini.

Kita tahu baru-baru ini Parti Warisan telah memajukan dua usul agar undi tidak percaya dijalankan terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sekarang kita cabar kepimpinan dan jentera Parti Warisan agar mengemukakan bukti yang mencadangkan program Pas Sementara PSS adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepengetahuan admin yang membawa cadangan program PSS ke Dewan Rakyat ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Azis Jamman. Ini membuktikan kerajaan negeri Sabah lah yang memperkenalkan program PSS memandangkan Aziz Jamman adalah wakil rakyat daripada parti itu.

Begini sajalah lebih baik berterus-terang kalau memang parti Warisan anti pada pendatang asing tanpa izin PATI.

Jangan heret Perdana Menteri demi menutup niat populis yang tidak kesampaian terhadap golongan PATI sekaligus mengkambing hitamkan PATI itu sendiri kerana dianggap telah mengurangkan undi warga tempatan keatas parti Warisan.

Bagaimana pula sekiranya PSS pada masa itu berjaya dilaksanakan, siapa nanti yang akan mendapat pujian? Sudah tentu parti Warisan kan.

Peliknya sewaktu pertikaian program PSS memuncak di antara masyarakat dan kerajaan negeri tiada pula kedengaran dakwaan bahawa yang mencadangkan PSS ialah Persekutuan atau Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri KDN pada ketika itu.

Sekali lagilah kita cabar kerajaan negeri Sabah agar mengemukakan bukti. Jangan hanya pandai membuat pernyataan yang populis lah para mangkuk. Tunjukkan bukti tu cepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.