Warisan Anti PATI Tapi PATI Tidak Malu Terus Sokong Warisan

Sebelum itu klik link dibawah, bukti betapa parti Warisan anti pada golongan PATI/PTI.

Warisan Cuba Selesai Kegagalan BN Membenteras PTI

Kalau kita ingin mengenalpasti persoalan pokok berhubung kehadiran pendatang asing tanpa izin atau PATI seperti yang dipolemikkan oleh kerajaan negeri Warisan. Maka sudah tentu ia akan meleret dan bakal melibatkan banyak pihak, ini termasuklah pihak atau individu yang kini bersama Parti Warisan dan PH sekalipun. Tidak terkecuali Presiden Parti Warisan sendiri semasa menjadi pemimpin UMNO yang mungkin bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung.

Ertinya dakwaan setiausaha Agung Parti Warisan iaitu antara pemimpin Warisan yang bersungguh-sungguh menghalau PATI daripada Sabah bahawa Dr Jeffrey Kitingan dan kerajaan terdahulu gagal menangani kehadiran pendatang asing tanpa izin PATI di Sabah adalah dakwaan yang kurang berasas kerana ia hanya menyalahkan satu atau dua pihak iaitu Dr Jeffrey Kitingan serta parti parti pembangkang lain di negeri Sabah.

Mungkin benar apa yang didakwa oleh Loretta bahawa sejak Warisan mengambil alih kerajaan negeri (sebenarnya rampasan kuasa). Usaha menghalau PATI daripada Sabah memang ada dijalankan tapi setakat mana ia dijalankan itu kita tidak dapat pastikan.

Benar bermaksud disini adalah berdasarkan kenyataan pemimpin Warisan semata-mata dan bersungguh-sungguh menghalau PATI dari bumi Sabah. Namun adakah mereka telah mengotakannya ini juga admin tidak dapat pastikan. Apa yang pasti, tampaknya wakil wakil rakyat dan antara lain agenda Parti Warisan adalah membenci PATI kaw kaw.

Yang memelikkan admin walaupun begitu masih ada lagi di kalangan PATI/PTI yang terhegeh-hegeh menyokong dan mempertahankan Parti Warisan. Entah apa yang ada dalam akal fikiran mereka. Bikin kesian tapi dalam masa yang sama bikin marah pun ada.

Berkaitan tuntutan agar Dr Jeffrey Kitingan mengemukakan bukti kalau benar kerajaan negeri Warisan ada mendokumentasikan pendatang asing tanpa izin (PATI/PTI). Namun Dr Jeffry gagal mengemukakannya. Hakikatnya tuntutan seperti ini tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kesahihan dakwaan yang telah dibuat.

Malah kalau ada pun tetapi dokumen atau bukti itu tidak disahkan atau tidak ada cop rasmi dari mana-mana agensi atau pihak yang terbabit maka sudah tentu bukti itu akan dianggap tidak sah atau fitnah.

Kecuali melalui siasatan diraja atau RCI tapi sudah bersediakah mereka-mereka yang berkenaan untuk diheret. Ini termasuklah Shafie semasa memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia, dan Tun Mahathir.

Jadi pada macai atau penyokong Parti Warisan kamu janganlah bersorak gembira kerana Dr Jeffrey gagal menunjukkan bukti. Hakikatnya sehingga saat ini masih banyak PATI yang berkeliaran di bandar-bandar dan di perkampungan tertentu akibat gagal ditangani oleh Parti Warisan sedangkan kalau kita dengar ketegasan kerajaan negeri (Warisan). Kerajaan negeri ini amat-amat membenci pendatang asing tanpa izin (PATI/PTI)

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.