Angka 129 Ciptaan Laskar PH dan Warisan Adalah Auta Kerja Gila

Untuk minggu ini semua kenyataan atau propaganda dari jentera PH lalu di copy paste oleh laskar Warisan bahawa kononnya kerajaan Perikatan Nasional akan bertukar tangan terbukti itu adalah merupakan propaganda sampah 🤭

Ibarat jalan cerita yang tidak sempurna, anti-klimaks. Shame on you lah para laskar Warisan.

Semalam laskar Pakatan Harapan telah membuat kenyataan berupa propaganda kononnya PH telah mendapat sokongan dari 129 Ahli Parlimen dan akan menghadap yang di-pertuan Agong untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional. Propaganda ini telah disambut dan diolah oleh jentera Warisan.

Namun semua itu adalah auta semata-mata bukan hanya kerana sehingga hari ini pihak Istana belum menerima kehadiran wakil dari 129 Ahli Parlimen berkenaan.

Tetapi paling menang sebentar tadi. Propaganda itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh ahli Parlimen Santubong Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau menempelak laskar berkenaan kerana cuba menggugat kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyebarkan khabar angin kononnya Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak GPS telah beralih arah untuk menyokong Tun Dr Mahathir.

Beliau menyifatkan tindakan pihak yang mengaitkan GPS dengan cubaan menjatuhkan Perdana Menteri kelapan sebagai tindakan yang gila dan tidak berasas ini kerana GPS merupakan sebuah gabungan politik yang berstruktur dan sangat berdisiplin di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sebelum itu Azmin Ali juga telah menafikan ataupun mempersoalkan kemunculan angka 129 sebab beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

Untuk kesekian kalinya laskar Warisan khususnya kantoi kantoi kantoi dan kantoi, auta auta auta dan auta. Padanpun parti Warisan semacam tongkang pecah sudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.