Zahid Tuntut Lantik 4 UMNO Sabah Tidak Masuk Akal

Sebentar tadi admin terbaca satu artikel di Malaysiakini berhubung sepucuk surat yang menuntut agar pengerusi UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Begitu juga dengan wakil rakyat daripada Kimanis agar diberikan kedudukan sebagai Timbalan Menteri. Manakala Rahman Dahlan yang kalah di Parlimen Sepanggar pada PRU yang lepas dicadangkan agar dilantik sebagai ahli Dewan Negara mewakili Sabah.

Surat tuntutan itu ditandatangani oleh Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi dan ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Belum sampai masanya untuk UMNO berfikiran materialistik seperti itu. Apa lagi dalam keadaan sekarang dimana rakyat sedang berhadapan dengan pendemic Coronavirus.

Itu bukan setakat desakan yang berniat politik jahat dalam masa yang sama cuba memperkukuh kedudukan Zahid selaku Presiden UMNO di negeri Sabah tapi sebenarnya misi dan visi untuk menguburkan UMNO buat selama-lamanya tanpa UMNO sedari. So pada Zahid selaku Presiden UMNO tanggalkan dulu strategi ataupun akal politik itu sebaliknya manfaatkan sepenuhnya sisa-sisa kepercayaan rakyat.

Kalau ada pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah nah lawan dulu habis habisan sampai menang. Begitu juga calon BN yang kalah di pilihanraya yang lepas, galakkan mereka bekerja sebagai wakil rakyat atau pemimpin biasa yang tidak ada portfolio agar dapat menarik balik kepercayaan rakyat, bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan pun mereka boleh berkhidmat dengan baik dan ikhlas kepada rakyat dengan itu ia juga dapat membuang persepsi UMNO yang sinonim dengan cash is king.

Dalam apa jua percaturan politik yang melibatkan politik Sabah harus perkara itu dinilai dari konteks sejarah politik Sabah. Bagaimana, sekali parti pemerintah tersungkur maka itu adalah isyarat bahawa parti berkenaan akan dikuburkan oleh rakyat Sabah buat selamanya. Ini bukan cerita kosong tetapi kenyataan yang harus diakui.

Ingat antara faktor lain yang menyebabkan Parti Warisan berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen di pilihan raya yang lepas ialah kerana sentimen atau propaganda mereka terhadap parti UMNO selain faktor integriti dikalangan pemimpin UMNO Sabah pada masa itu.

Untuk juga makluman jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah telah pun diisi oleh Menteri Pertanian dan Makanan Datuk Ronald Kiandee. Apa lagi yang mengilhamkan agar JPPS atau agensi pembangunan Persekutuan Sabah diwujudkan di Sabah ialah Pengerusi PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor itu sendiri.

Apa juga masalahnya UMNO ni ahh, bukankah UMNO sekarang adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional itu bermakna sebarang kelebihan yang ada pada PPBM Sabah akan dapat menguntungkan politik UMNO secara keseluruhannya. Jangan terlalu ego nanti membunuh diri sendiri, sedar sedarkan diri tu sikit jangan sampai rakyat berpendapat sememangnya UMNO sudah tepu tidak lagi boleh dibentuk dan tidak akan reti menginsafi diri.

Jangan lupa yang mengisi beberapa jawatan Menteri penuh dalam kerajaan hari ini ialah beberapa pemimpin UMNO, adakah itu masih tidak cukup. Walhal UMNO kalah pada pilihan raya lepas tetapi hari ini boleh menjadi kerajaan atau Menteri. Tidak cukup? Malah menuntut pula agar pemimpin UMNO Sabah diberikan kedudukan. Apa, UMNO ingat rakyat ini bodoh dan tidak kisah. Luka hati belum sembuh sepenuhnya tapi kesakitan cuba ditambah? Giler!

Kalau ada yang tidak percaya pada tentangan admin ini tolong baca komen netizen, seperti dibawah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10152021827334945&id=31373189944

Kalau ada pun yang menyokong cadangan atau surat tuntutan itu, pastinya mereka adalah ejen atau jentera dari parti parti PH dan parti Warisan. Yang ingin melihat cadangan itu menjadi kenyataan agar Perikatan Nasional huru-hara dan kebangkitan UMNO terhenti di tengah jalan.

Tuntutan yang tidak wajar atau bahasa politiknya tidak masuk akal. Bukan pula bererti tidak berkelayakan langsung tapi belum sampai masanya. Persepsi buruk rakyat terhadap sebahagian besar pemimpin pemimpin UMNO masih segar dan utuh.

Presiden UMNO jangan bagi bola tanggung pada pembangkang, buruk padahnya.

Kedudukan, Bersatu Sabah ada 5 MP berbanding UMNO hanya ada 2. Begitu dengan ADUN, Bersatu ada 9 berbanding UMNO hanya ada 1. Jadi tentang UMNO layak diberikan kedudukan, jangan mengada-ngada. Jangan tambahkan kemarahan rakyat pada UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.