Alhamdulillah dan terima kasih terhadap Pengerusi PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor berhubung cadangan beliau sebelum ini agar JPPS diperkenalkan semula di negeri Sabah telah menjadi kenyataan.
Walaupun mendapat tentangan keras daripada pentadbiran atau Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal. Dimana pelbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri. Ini termasuklah mengaitkannya dengan hak hak Sabah atau retorika perjanjian 1963.
Tujuan mereka jelas agar usaha murni Datuk Hajiji Noor tidak menjadi kenyataan.
Tidak terkecuali cadangan mengwujudkan JPPS itu juga ditentang oleh salah seorang pemimpin UMNO daripada Sabah Datuk Rahman Dahlan namun admin yakin tentangan Datuk Rahman itu tidak dipersetujui oleh Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin.
Dalam pada itu PPBM Sabah berjaya membidas satu persatu alasan retorik yang mereka lemparkan melalui jawapan yang bernas dan konkrit hingga dapat menyakinkan pihak yang berkuasa. Selain sudah tentulah kerana cadangan itu diilhamkan sendiri oleh Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor. Alhamdulillah.
Pembaca boleh ikuti perjalanan cadangan ini seperti link di bawah :-
https://jalinluin.com/2020/03/13/apa-kaitannya-jpps-dengan-hak-hak-sabah-wahai-warisan/
https://jalinluin.com/2020/03/14/rahman-kecewa-mempolitikkan-jpps-yang-menguntungkan-sabahan/
Alhamdulillah sekali lagi, hari ini Datuk Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan.
Harapan masyarakat Sabah amat besar dan tinggi semoga dengan ini Sabah akan lebih maju jaya dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM Malaysia di peringkat Persekutuan dan kepimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noordi peringkat negeri Sabah itu sendiri.
Tahniah kepada Datuk Ronald Kiandee dan kepimpinan PPBM Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor. Terbaik oh!
Jangan ada yang meroyan, hakikatnya. Samalah bha tu jawatanPengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dengan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah malah malah lebih besar.
Saya amat menyokong usaha ini dalam kontek kerajaan persakutan di sabah sebagai di anggap oleh kerajaan warisan ada pembangkang kenapa urusan pembangunan di sabah khusus mengunakan budget kerajaan persekutuan hendak di lalurkan kpd kerajaan pembangkang warisan
LikeLike
Saya amat menyokong usaha ini dalam kontek kerajaan persakutan di sabah sebagai di anggap oleh kerajaan warisan ada pembangkang kenapa urusan pembangunan di sabah khusus mengunakan budget kerajaan persekutuan hendak di lalurkan kpd kerajaan pembangkang warisan
LikeLike