Dewan Undangan Negeri Sabah Degil Tidak Efisien

Parti Warisan terus berbangga dengan sistem kampung-kampung mereka.

Sebelum ini mungkin ramai yang sudahpun tahu pasal ketiadaan sistem atau cara yang efektif di dalam mengagihkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan akibat perlaksanaan PKP di seluruh negara.

Waktu itu ramai yang merungut terutamanya di kalangan orang kampung yang tidak mendapat bantuan makanan atau ada juga yang menerima bahagian mereka tetapi tidak berpuas hati kerana nilai bantuan yang diterima tidak sama dengan apa yang telah dipersetujui di peringkat pentadbiran kerajaan negeri.

Ada lah yang tidak betul tu, boleh saja memang berlaku penyelewengan dana atau mungkin saja peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan negeri tempoh hari hanyalah angka diatas kertas, untuk memancing kepercayaan masyarakat Sabah bahawa mereka juga berkemampuan menjaga kebajikan masyarakat negeri ini. Iyalah tu!

Tidak hanya bantuan dalam bentuk makanan yang gagal diagihkan kepada masyarakat Sabah yang memerlukan tetapi juga bantuan dalam bentuk tunai. Ramai yang merungut kerana terpaksa berurusan di pejabat daerah atau dengan orang-orang Warisan yang ada di peringkat kampung dan daerah. Dua cara ini amat tidak diminati oleh masyarakat cerdik yang tidak menyokong Warisan, pada mereka selain menyusahkan dan mendedahkan mereka kepada Covid 19, cara itu juga akan menunjukkan seolah-olah mereka menyokong parti Warisan. (Ironinya mereka sanggup kehilangan bantuan tunai RM300)

Tidak dinafikan selepas itu barulah kerajaan negeri memperkenalkan permohonan bantuan secara atas talian tapi sama juga ceritanya. Majoriti masyarakat Sabah tetap merungut, mereka kata permohonan atas talian itu wayang saja yang lebih begitu juga nombor telefon yang diviralkan supaya dihubungi jika ada yang memerlukan bantuan, juga hanyalah wayang tidak berfungsi. (lebih kurang begitulah gambarannya)

Pokoknya gagal, kalaupun ada yang mendakwa kerajaan Warisan ini berjaya mengagihkan kedua bantuan berkenaan. Percayalah mereka adalah laskar Warisan yang tidak tahu apa yang telah berlaku di peringkat pertengahan dan akar umbi iaitu sejak dua peringkat masyarakat ini ditadbir oleh parti Warisan.

Kekampungan dan tidak kisah dengan undang-undang terus menjadi amalan mereka, bila mana kerajaan negeri mengadakan sidang DUN walaupun dalam tempoh PKP.

Bahawa Ketua Menteri Sabah selaku ketua majlis Dewan undangan Negeri akan mengadakan istiadat pembukaan dan masyarakat pertama penggal ketiga Dewan undangan Negeri Sabah yang ke-15 pada 16, 20 dan 21 April 2020.

Degil bukan, sedangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya menerusi sidang video di Istana Negara dan PMO.

Kemudahan sudah ada tapi kenapa lagi kerajaan negeri Sabah sanggup menyusahkan wakil rakyat yang lain atau tidak mematuhi peraturan atau langkah-langkah PKP.

Lalu kamu tengok suasana di Dewan Undangan Negeri Sabah adakah Ketua Menteri selaku ketua mematuhi peraturan PKP berbanding negara atau negeri yang cerdik seperti Korea dan Jepun.

Di luar negara seperti Jepun dan Korea Presiden atau Perdana Menteri negara itu mengadakan sidang Kabinet melalui video secara online, ketika pentadbiran mereka mengenakan perintah lockdown.

Sabah? Tetap berbangga dengan sistem kampung-kampung, semakin ramai yang berpusu-pusu ribut maka itulah petanda mereka sedang melakukan kerja dengan begitu hebat dan rajin. Hahahaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.