Bersatu Sabah Sambut Baik Rangsangan Prihatin Rakyat

KENYATAAN MEDIA
BERSATU NEGERI SABAH

28 Mac 2020.

BERSATU SABAH SAMBUT BAIK PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Pimpinan BERSATU Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN.

KOTA KINABALU: Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah mengalu-alukan dan menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan Pakej Prihatin itu sebagai komitmen Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, Pakej Prihatin yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat telah dirancang begitu rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada lapisan rakyat yang tersisih dalam mendepani Krisis Wabak Covid 19 (C-19) yang melanda negara ketika ini.

“Pakej Prihatin ini amat baik dan telah memberi harapan dan nafas baharu yang diperlukan oleh rakyat negara ini yang terkesan akibat wabak C-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.

“PKP menyebabkan ramai rakyat terkesan dengan sebahagian besar sumber pendapatan mereka terjejas, kerana tidak dapat keluar bekerja atau berniaga untuk menyara hidup keluarga”.

“Dengan pelbagai jenis bantuan secara “one-off” selain pemberian insentif lain, maka seluruh sektor masyarakat termasuk para peniaga, pekerja swasta, penjawat awam, pesara kerajaan, pelajar, petani, penternak, nelayan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan lain-lain terbela sekaligus dapat meringankan beban mereka”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin semasa membentangkan pakej itu berkata, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

“Semua itu tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

“Pakej PRIHATIN, yang peduli rakyat itu akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dengan tiada golongan yang akan tercicir” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Muhyiddin telah menunjukkan satu kepimpinan yang begitu baik dan berjiwa rakyat, sehingga memeranjatkan para pengkritik beliau.

Katanya, dalam mendepani cabaran krisis wabak C-19 dan ekonomi dunia yang merudum, beliau (Muhyiddin) telah dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara yang tercinta.

Menurutnya dalam konteks negeri Sabah, rakyat negeri ini amat memerlukan bantuan seperti itu, kerana terkesan akibat wabak C-19 yang terus menular setiap hari.

“Dengan adanya bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, rakyat akan berasa gembira dan lega terutamanya dikalangan masyarakat Islam yang akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada akhir April dan Aidilfitri pada akhir bulan Mei 2020”, tegasnya.

Hajiji juga menyambut baik peruntukan yang begitu besar disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatken keupayaan dan pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi wabak C-19.

“Bersatu Sabah juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan (front lines) terutama pasukan perubatan dan keselamatan”.

“Bersatu Sabah dan rakyat keseluruhannya amat menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan, jasa dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang berusaha menangani penularan C-19 di negara ini sehingga ada diantara mereka telah dijangkiti virus itu atau terkorban.

“Virus Covid 19 tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa dan agama. Justeru rakyat perlu patuh kepada PKP dengan disiplin diri dan duduk di rumah demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat”, tegas Hajiji.

-End.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.