Warisan Jangan Politikkan Bantuan Dibeli Guna Wang Rakyat

Mereka ini dalam proses mengagihkan sedikit bantuan kepada mereka yang terjejas akibat Covid 19.

Sejujurnya admin tidak kenal siapa mereka ni  yang admin nampak hanyalah jentera parti yang tidak sudah berpolitik hingga bantuan bencana kepada rakyat pun dipolitikkan. Sampai hati!

Politic propaganda ini saja yang mereka tahu walaupun selepas gagal menuntut 80% royalti minyak dan banyak lagi manifesto Warisan yang tidak tertunai. Tapi tanpa segan-silu terus meniupkan propaganda. Sedih selepas negara mencapai kemerdekaan ada lagi politik seperti ini.

Mempolitikkan hak rakyat lah namanya tu bilamana bendera parti diusung semasa mengagihkan bantuan kerajaan kepada yang memerlukan.

Bila mereka mengusung bendera parti semasa mengagihkan bantuan. Maka seolah-olah hanya masyarakat yang menyokong parti mereka yang layak mendapatkan bantuan itu. Sedangkan sudah tentu bantuan itu dibeli menggunakan wang rakyat, adil kah?

Mereka ingat masyarakat Sabah hari ini masyarakat yang cincai kah tidak ada maruah dan harga diri.

Hal kedua yang bertepatan dengan peraturan semasa kerajaan. Umum tahu sekarang negara dalam tempoh PKP justeru itu mana boleh berkumpul seperti gambar ini dan tidak memakai topeng hidung dan mulut. Kenapa mereka degil sangat ya tidak menghormati undang-undang sepatutnya sebagai jentera kerajaan mereka yang perlu terlebih dahulu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Di Semenanjung sudah ramai yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar peraturan PKP. Hukuman yang dikenakan denda seribu ringgit atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Tapi di Sabah  undang-undang seolah-olah dipandang selekeh, menyusahkan dan hanya dikuatkuasakan kepada pihak tertentu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Apapun maafkanlah mereka inilah akibatnya bila tidak sopan pada undang-undang dan gagal memahami hak masyarakat dalam sistem demokrasi menyebabkan segala hal dilihat dari konteks kepartian mereka.

Parti atau kerajaan negeri yang belum berjaya mendirikan sebatang tiang projek mega dan hanya berbangga dan sibuk dengan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan terdahulu pun masih lagi berpolitik kebudak-budakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.