Pakej Bantuan Makanan Sabah Tidak Munasabah

Tadi pagi admin sudah siapkan satu artikel berhubung perkara yang tidak logik. Tapi disaat akhir admin pendingkan, admin merasakan ia agak keterlaluan.

Apa yang admin mahu sampaikan pada siri artikel itu ialah kerajaan negeri telah melakukan penipuan terancang dimana mereka hanya menyediakan sebanyak RM18 juta melalui pakej bantuan covid 19 Sabah.

Sedangkan kalau kita perhitungkan peruntukan itu dengan kadar bantuan dan jumlah penduduk Sabah. Jelas peruntukkan itu hanyalah sekali lagi propaganda yang tidak bersudahan, masuk angin keluar asap yang selamanya rugi ialah sudah tentu rakyat Sabah.

Penduduk Sabah ada sekitar 3 juta orang dan kalau kita darab dengan kadar RM100 sama juga denganĀ RM300 juta.

Tapi kenapa kerajaan negeri hanya menyediakan peruntukan sebanyak RM18 juta?

Itu bermaksud tidak semua masyarakat Sabah akan mendapat bantuan makanan. Justeru itulah pada jentera Warisan kurang kurangkan propaganda tu. Jangan seperti semalam segala nombor telefon milik pemaju masyarakat diviralkan begitu juga dengan gambar bantuan makanan seolah-olah tidak akan ada masyarakat Sabah yang terlepas dari bantuan ini.

Siap memperleceh PPBM Sabah kononnya tidak seperti mereka menyumbang begitu banyak. Macam saja mereka tahu apa yang dilakukan oleh PPBM Sabah, pengumuman Perdana Menteri semalam itu sudah jauh mencukupi dari apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri dimana pelbagai bantuan akan disalurkan kepada masyarakat Sabah yang berada di luar bandar.

Dalam pada itu kita juga boleh mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri didalam mereka menyediakan peruntukan seperti ini. Adakah bermaksud selepas ini setiap  pengumuman bantuan atau belanjawan tahunan tidak lagi boleh lagi dipercayai?

Dalam pada itu ramai masyarakat di luar sana yang mempersoalkan kadar bantuan 100 ringgit ini. Mereka kata jumlah ini tidak logik tidak munasabah. 10 kilo beras, gula minyak dll boleh mencecah 100 ringgit kah? Nampak benar temberangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.