Perkara Dibincangkan Sedikit Dan “Gagal” Mesyuarat MA63 – Tun M

Hari ini Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat bersama Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ia berjalan hampir dua jam.

Topik perbincangan adalah soal kajian semula perjanjian Malaysia 1963.

Usai mesyuarat itu, Perdana Menteri telah memberikan sedikit ulasan bahawa terdapat perselisihan di antara Federal dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak mengenai perjanjian itu.

Walaubagaimanapun beberapa kertas kerja berhubung Perjanjian 1963 itu telah berjaya dibentangkan oleh Jawatankuasa khas Kabinet dan kesemuanya telah dimajukan kepada Jawatankuasa Teknikal bagi mendalaminya sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut.

Perkara yang dibincangkan sangat sedikit dan tidak dapat diselesaikan (gagal) ini kerana menurut PM Mahathir kerajaan perlu terlebih dahulu merujuknya kepada Jawatankuasa Teknikal.

PM Mahathir memang teliti, sangat alert soal kepentingan negara secara keseluruhannya berbanding kepentingan sebelah pihak, apa lagi kalau hanya menguntungkan politik sebelah pihak.

Pada mereka yang tidak berpuas hati dengan perkembangan ni, nah jangan kamu berburuk sangka atau kecewa. Kerana terimalah hakikat siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia, pasti akan melihat hal ini dari semua sudut agar tidak menjejaskan kekuatan Malaysia secara keseluruhannya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.