Akhirnya Osman Jamal Menjadi Ahli Warisan

Dahulu, semasa Bersatu menyatakan hasratnya untuk menerima bekas Yb BN daripada Sabah ia telah mendapat tentangan getir dari pemimpin dan penyokong Warisan. Marah! sebab kata mereka ia bertentangan dengan perjanjian bersama Bersatu sebelum ini. Juga kata mereka ia berlawanan dengan agenda atau prinsip Warisan yang ingin menumbangkan BN. Amboi!

Walaubagaimana atas kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang lebih memikirkan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya berbanding Parti Warisan semata-mata. Beliau telah mengumumkan bahwa Bersatu akan bertapak di Sabah sekalipun tidak dipersetujui tapi akhirnya Presiden Warisan, Shafie Apdal akur dengan keputusan itu.

Hari ini Isnin Mach 4 2019 Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Osman Jamal dari PKR telah diterima sebagai ahli Parti oleh Presiden Warisan. Bukankah ini namanya mencabul prinsip perjuangan apa lagi Osman Jamal adalah lawan calon Warisan pada PRU yang lepas?

Kenapa pemimpin dan penyokong Warisan tidak bersuara, kenapa tidak bising, kenapa tidak menyalahkan Presiden Warisan?

Kantoi disini kualiti jentera Warisan, pejuang olok olok. Sebab itulah kalau membenci tu jangan keterlaluan, berpadah padah lah.

Lain kali kalau juga tidak terlibat secara langsung dengan perbincangan atau tidak dilibatkan oleh pihak atasan parti Warisan, nah janganlah bha terlalu aksen. 😊

Persoalannya adakah selepas ini masih ada dikalangan pemimpin dan penyokong Warisan yang menafikan kewujudan Bersatu Sabah, tetap menganggap mereka sebagai musuh politik berbanding Yb Warisan yang berasal daripada BN, apa perbezaan mereka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: